بسم الله الرحمن الرحيم
Bakal meniti suratan Ilahi sebagai seorang peneman setia dan akrab seorang lelaki yang bergelar suami..
Persediaan demi persediaan perlu disiapkan, perlu dirapikan..semuanya perlu tampak indah pada saat akad itu berlansung..
Bakal isteri sekalian, saya melihat diri saya sebagai seorang bakal isteri dan bakal pengantin. Namun, tinggikan pemerhatian dan perhatian kita semua sebagai bakal isteri, kerana amanahnya dihitung hingga ke akhirnya..
Persediaan hari perkahwinan tak dipandang sebelah mata, namun, persediaan sebagai bakal isteri, diutamakan. Kita berhabisan beribu-ribu ringgit malaysia sekalipun, jika masih gagal untuk menyiapkan dan melentur diri menjadi seorang isteri yang menenangkan hati suaminya, apalah gunanya. ( teguran buat diri sendiri yang masih dibelenggu kedaifan ilmu rumah tangga :)))
Hari persandingan a.k.a hari perkahwinan sebenarnya cuma subunit sahaja daripada hari-hari yang mendatang sebagai seorang isteri.. hari persandingan yang gah dan sempurna sehingga bisa mendapat pujian segenap tetamu akan lebih bermakna..apabila seumur hidup kita mendapat keredhaan seorang suami..
Tak perlu terus mencari buku-buku rumah tangga dengan tidak semena, cari dulu sumber segala ilmu rumah tangga, IBU..( kakak dll )..lihatlah kematangannya, belajar melihat dan merasai..persediaan sebagai seorang isteri bukan hanya terhad kepada agama, malah kerja-kerja rumah juga..utamanya, biasakan tangan yang selama ini manja untuk mula memasak juadah..ringankan badan untuk mengemas..
Kita tidak akan pernah rugi, malah persediaan diri yang sempurna sangat menguntungkan..laburlah masa kini untuk masa depan..
saya juga masih kurang ilmu..misi mencari ilmu harus diteruskan..
maas salamah wa 'ilal liqa'
AL- QURAN AL-KARIM sebagai hantaran?
AL- QURAN AL-KARIM sebagai hantaran?
Hantaran simbolik pernikahan, sebagai hadiah atau tanda penghargaan pihak suami isteri, malah..punya adat dan budaya sendiri, tingginya nilai bangsa Melayu, jika pihak lelaki memberi 5 dulang, dibalas dengan 7 dulang, ganjil sahaja bilangannya.. ( bankrup pengantin perempuan..hehe )
Tiada salahnya, ikutkan sahajalah, tidak salah pada agama, apalagi bangsa,kata orang tua-tua, setiap hantaran itu ada maknanya sendiri..
sireh junjung katanya lambang budaya
buah-buahan/kuih-muih lambang kemanisan rumah tangga
pakaian ( kasut dll ) tanda keperluan kehidupan
sejadah, tasbih, Al-Quran tanda agama
tapi, itu kata mereka, hantaran bagi saya cukup digambarkan dengan satu perkataan..." keikhlasan"..
bercakap mengenai hantaran, terlintaslah AL-QURAN.. kitab lambang pegangan utuh, lambang penyerahan diri, keredhaan pada qada' dan qadar, alangkah bahagia tatkala dapat mengaji bersama, dapat mendengarnya mengaji pun sudah cukup..mulia hasrat hati
tapi, saya dengar, mereka kata cukuplah sekadar tafsir, AL-QURAN tidak pernah wajar diletakkan, ditempatkan, sama tarafnya dengan hantaran-hantaran yang lain..hanya di atas dulang hantaran..
saya juga dengar mereka kata, mana boleh dihias Al-Quran itu dengan bunga-bungaan di atasnya, AL-QURAN itu sudah indah daripada maknanya, zahirnya, juga batinnya..jika mahu dihias juga, cukuplah ditepinya, bukan diatasnya..
kita nilai sendiri, saya nilai semula..
maas salamah wa 'ilal liqa'
No comments:
Post a Comment