Thursday 31 October 2013

HIV Test Untuk Bakal Pengantin


Barakallah Alaik,

Okay, entry ni hanyalah perkongsian saya dengan bakal-bakal pengantin sekalian, supaya urusan perkahwinan ini tidak menjadi urusan yang menyusahkan..aiseyh! haha

Once u guys dah attended Kursus Kahwin, moh kita buat UJian Saringan HIV pulokk kay.. dan HIV Test ni hanya boleh dilakukan di Klinik2 Kesihatan berdekatan lokasi u guys, tak lama punn..serious tak lama, paling lama pun sejam la kot, tapi luckily, HIV Test saya hanya mengambil masa selama 30 minit..                 ( walaupun memang crowded sangat dengan pakcik2 dan makcik, dann ibu2 mengandung yang datang untuk buat ujian berkala mereka.. ).. says Alhamdulilah sebab urusan saya dipermudahkan, Thanks Allah <3

Baiklah, sebelum nasib saya sebaik atas ni, saya pernah dikecewakan juga dek kerana terpaksa balik dan datang pulak lain kali, biasalah tu..alkisahnya bila saya ke KLINIK KESIHATAN DATO'KERAMAT. Saya sampai dalam pukul 3.15 macam tu, tapi saya tak berjaya buat HIV test pada hari tu sebab kit (peralatan) utk check HIV tu dah habis, bila saya nak buat apointment, rupa2nya tak boleh, nurse tu kata, " kat sini walk in HIV Test, jadi datang lain kali pulak," ( adehh, kenapa la disusahkan perkara yang senang, kasi lah kami buat appointment kan.. kan lagi menjanjikan kepastian, as kami ni pun ada urusan masing-masing juga, huhuhu -__- bukan marah,cuma terkilan #$*@ )
Even tak boleh buat appointment, nurse tu kasi jugak no telefon Klinik Kesihatan ni, katanya sebelum datang call dulu kay @_@

Klinik Kesihatan Dato' Keramat
03 42573333

Then, balik dengan rasa tak tenang. Jadi besoknya saya ke KLINIK KESIHATAN KELANA JAYA. Yeah! ( walaupun nurse ni garang, tapi takpe, tak bazir masa saya..saya suka..heeee ).. Bila datang je, kita dikehendaki ke satu kaunter khas untuk daftar, kena isi borang..bagi bakal pengantin yang nak nikah di Selangor, anda tak perlu gusar, sebab borang HIV Test ni boleh didapati di semua klinik2 kesihatan area Selangor. Then, nurse tu akan bagi nombor dan bayaran sebanyak RM1 seorang dikenakan..yezza!

Nama anda akan dipanggil, then "tapp!"..jari hantu saya pun ditebukk..hehehe

Simple dan Senang!
Tak perlu bersesak,
Tak perlu tunggu lama,
Selepas 15 minit, u guys akan diberikan result HIV  :))

** additional notes : satu hari hanya 10 orang sahaja yang dapat buat HIV test, siapa cepat dia dapat! Dan kebanyakan Klinik Kesihatan hanya mengadakan HIV Test dari pukul 2.00 - 4.00 petang..depends on Klinik tu..

( ada B2B yang cerita, sesetengah Klinik Kesihatan akan beri kaunseling percuma mengenai penyakit AIDS dan virus HIVnya.. tapi Klinik Kesiahatan Kelana Jaya takde pun.. Settle!!  ^^V

Tuesday 8 October 2013

Kursus Kahwin Best!


بسم الله الرحمن الرحيم


( ustaz kursus kahwin ni cakap, matlamat kahwin bedasarkan ayat ni ada 3.. pertama, memberi ketenangan..kedua, berkasih sayang...dan ketiga, saling berlaku ihsan antara satu sama lain.. )

alhamdulillah.. akhirnya setelah asyik bertangguh dengan urusan dunia yang tak pernah selesai, sempat juga menjengah dan mencuri sedikit ruang masa di antara 24 jam sehari untuk menghadiri kursus kahwin.. 

Haha.. start dah nak cerita pasal kahwin2 ni.. ( Ya Allah, jauhkan la daripadaku sikap riak ketika bercerita, dikhuatiri niat yg suci akan dikaburi dengan akhlak yang keruh ^^ )  ni cuma nak kongsi information nd experience mcm tuh.. mana la tahu if my entry akan mudahkn urusan bakal-bakal pengantin di luar sana tu.. eceh! baik, sesiapa yg mencari KURSUS KAHWIN area Putrajaya dan Kuala Lumpur, anda2 ni digalakkan utk try jenguk ni..


okeyh, kursus kahwin ni akan diadakan pada setiap minggu, jadi for those yg last minit baru nak pergi kursus kahwin ni, dont worry kay.. plus, katakan lah u guys g kursus hari sabtu dan ahad, u guys akan dapat sijil pada hari RABU, mudah dan cepat kan!

saya pergi yg Putrajaya punya, Presint 9.. dekat dengan Food Court Presint 9, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Kompleks Kejiranan Presint 9.. atas Restoran Darussalam..

bayaran pula RM80 ( standart price la ni kan.. ).. u guys akan dapat buku "Gerbang Perkahwinan", pen, kertas A4, malah.. makanan pada hari Ahad ( breakfast dan lunch ) pun disediakan.. hari tu, breakfast makan Nasi Goreng nd sambal telur, then lunch pulak, nasi putih, lauk gulai sayur dan ayam masak merah.. if u guys tak gemar dengan lauk2 gini.. jgn risau, bawah dewan kursus ni penuh dengan restoran.. malah, food court cuma beberapa tapak je dari tempat ni ^0^

dann..yg paling best tu, penceramah dia! semuanya sgt best dan kelakar.. ala2 otai mcm tu.. memang tak kering gusi dibuatnya.. dan ingat, kursus kahwin kan cuma sekali seumur hidup, jadi niat kena betul.. niatkan supaya saat kita jejakkan kaki ke sana, kita nak kutip semua ilmu yg diberikan oleh penceramah kpd kita.. ilmu dia bukan setakat ilmu agama! tapi ilmu dan pengalaman rumah tangga penceramah sendiri.. 

hah, tapi, meh nak story awal2, dewan dia ni agak kecil untuk 100 orang peserta.. jadi tempat duduk sgt limited dan packed! mula2 rasa geram sgt..tp tu la.. Allah buka pintu hati ni utk redha dan ikhlas.. dah la sy suka duduk depan, hari pertama xdpt duduk depan, lepas tu, Ahad pulak datang lamabat 5 minit.. tapi rezeki kan.. dapat duduk depan.. sebab peserta2 kursus ni memang suka duduk belakang2.. jd yg kosong depan je.. jadi u guys yg suka duduk belakang tu..kena dtg awal taw..hehehe