Sunday 17 February 2013

Nenda Kamisah

 Saya punya nenda, Kamisah Masain namanya..

Ingatan di masa kecil, dunia kanak-kanak yang tak mengerti erti kematangan, hanya terlintas satu perkara tentang nendaku.." SANGAT GARANG"....( hanya dua perkataan yang paling dibenci oleh 80% kanak-kanak di dunia.. manakala 20% lagi, dimanja dibelai tanpa mengenal kalimah garang dalam diary perjalanan masa kecilnya )..

Nendaku, kami gelar nenek...cukup ringkas, tiada panggilan opah, tok mahupun wan.... namun, kadang kala, saya menggelarnya nenek yang garang.. biasalah, fitrah dunia si kecil..bencikan perkataan ini..

Saya pernah lihat nenek menangis, menitis air matanya, pada waktu itu, dua mata ini hanya melihat biasa, sifar perasaan.. tetapi, mengapa saat nukilan ini ku taip menggunakan hujung jariku..tiba-tiba, sebak yang kurasakan..kerana, dia NENDAKU..sampai dunia ini berakhir, dia NENEKKU.. air matanya dahulu, tertitis di mataku, kerana mengenangnya.. sungguh tak kusangka.. pasti pada waktu kecilku dahulu, tidak ku sangka yang aku bakal menangis pada hari ini kerana mengenangnya..

Tabah, cekal, pernah punya kerjaya lasak, tegas dan garang.. itulah nendaku..

Minang keturunannya, tatkala mula memasak, banyak sekali..sudah terbiasa barangkali, manakan tidak, 10 orang anak dibesarkannya sendiri, bila berbicara perihal anak-anaknya, sungguh saya bangga! Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku, bagaimana harusku katakan bahawa aku bangga menjadi secebis daripada susur keluarga ini! Masing-masing berjaya dalam haluannya sendiri, bukan universiti yang menjadi pengukur kepada "berjaya" yang aku maksudkan..namun, personaliti mereka! ada sesuatu yang sama tentang anak-anak nenekku..tabah ! rajin ! ( mungkin betul kata ibuku, kami sudah diasuh nenek untuk berdikari sejak kami dilahirkan )

Empat perempuan, enam lelaki. Sulungnya perempuan, bongsunya juga perempuan.. tengahnya juga perempuan.. uniknya aturan ALLAH.. nama-nama mereka pula, sangat istimewa, tatkala orang lain punya ibu yang bernama Melati, Kalsom, saya punya ibu dan ibu-ibu saudara dengan nama yang istimewa..seistimewa insannya..

" Perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya masuk dapur jugak, dapur jugak tempatnya ".. dialog lapuk. Namun, itulah ibu dan ibu-ibu saudaraku. Sedikit sebanyak, turun juga kemahiran nenek pada mereka. 

Mama tak ramai kawan yang betul-betul rapat dengannya, tapi dia bertuah punyai kakak sulung yang menyimpan rapi rahsianya, mengambil berat tentangnya, seterusnya mengambil tempat sebagai seorang ibu buat mamaku.. Maksu dan Mak Uda (mesra dgn penggilan Mak Bab) pula, tak pernah lekang dengan kata ransangan, dorongan dan sokongan, pantang mereka berjumpa, pasti hari itu hari bahagia buat mamaku..

p/s : terima kasih Ya Allah.. terima kasih nenek, kerana melahirkan ibu-ibu yang hebat.. darah yang mengalir dalam setiap kapilari badan mereka, asalnya daripada bakti nenek melahirkan mereka, malah, tiada kami, cucu-cucumu tanpa kelahiran mereka... Ya Allah, cantiknya aturanmu..


credit to maksu for lovely picture :))