Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Monday, 2 September 2013

Charity Event With Low Budget


Mabruk alaik! Semoga semuanya diberkati  :))

A trip to Hospital Putrajaya. Pediatric Ward. Wad kanak-kanak.

Okey.. saje nak share info2 pengurusan acara utk melawat hospital ( charity event etc. ). Ceritanya mula2..macam2 saya plan.. nak badut la, but as the budget was not enough, kita terpaksa rotated the plan nd carik initiative lain. So, I came out with another idea, .. balloons, goodies bag, duit raya ( as this event ws conducted on Eid ) and students. As for me, better la duit seciput yang ada tu disalurkan kepada sesuatu yang lebih bermakna. 

** additional info, badut yang paling murah is Jim The Clown..google je nama ni dalam tenet, nanti keluar la.. harga RM180 for balloons scuplture dan clown.. tapi Jim The Clown ni hanya free on weekends. So please make sure that u guys book dia ni awal2.. manakala, harga standart for profesional clown selalunya RM450. RM450 tu selalunya termasuk magic show lagi taw.. tu yang budak suka tu   :3
Test google : Bubu The Clown, Awang The Clown, Uncle Tickle utk clown2 area KL, Lembah Kelang, Selangor.

OKey.. bajet pun tak banyak, jadi ini yang saya buat.

1) Create a charity event which requires the participation of the students. So, sambil nak educate students dengan sifat mulia macam ni, akan ada lebih keringan. Lagi ramai orang, lagi bagus. ( Tapi Hospital Putrajaya hanya limited kan 10 orang je untuk lawatan hari tu.. sebab space for Pediatric Ward was so limited )

2) Minta pelajar2 sediakan 3 hadiah daripada diri mereka sendiri. Terpulang la mereka nak bagi apa pun, asalkan ikhlas. ( but, the parents were really supportive. Mereka yang bersungguh belikan hadiah. Macam2 ada.. lego la, pushing bag la, puzzle, etc. )

3) Then, use the money untuk belikan makanan2 ringan ( spt roti, air kotak, jelly, biscuits, roll bun, chocolate etc. ) dan pack them all dalam 1 goodies bag! Spend la sikit untuk belon, seronok budak2 ni bila dapat belon! Then.. sediakan angpow duit raya! 

SO, each patients akan dapat byk bende.. smpaikan sister ( nurse ) kat Hsopital Putrajaya pun seronok je.. "kita gembira melihat kegembiraan mereka.."

Take note : Deal awal dengan pihak Hospital, call and fax the letter. Then, follow up.

Selamat BerCHARITY.. hiks

Excited student :)

Happily tighten with charity work!

Youngest patient. Kesian adik ni.

Baru sehari jumpa, dah pandai berkawan.
Keistimewaan budak2.. tak malu berkawan dan bertegur.
Students + patients.


Goodies Bag

Playground di Hospital Putrajaya. Ruang beraktiviti.

# Hope to connect with sesiapa yang berminat :))

_*****_

Sunday, 1 September 2013


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kalian. Semoga kalian sentiasa berada dalam kursi perlindunganNYA.

Wise Man Once Said, "Every man must decide whether he will walk in the light of creative altruism or in the darkness of destructive selfishness.." Nauzubillah.. semoga kita dijauh jauhkan daripada sikap mementingkan diri yang menghancurkan. 

So, saja nak share some of ma charity activities. Mana la tahu kot2 ade yang sedang tercari2 mana-mana rumah anak yatim atau program kebajikan ke kann... As sy tinggal area Putrajaya, Dengkil nd Kajang, so, I would love to share these 2 lucky orphanage's home. 

1) Sekolah Tahfiz Anak Yatim Al-Kitab ( STAY ) Beranang

Okey..ni link facebook dia.. STAY AL-KITAB.. bolehla tengok2.. kalau u guys nak p tengok sendiri pun boleh.. serius sy ckp, 1st time jejak kaki kat sini.. MashaAllah.. kenapa tenang sangat ni.. angin bertiup mcm nyaman, luas dan lapang kawasan dia.. bersih! Sy tengok perabot bukanlah banyak sangat.. sekadar satu kawasan yang luas je.. matahari pun tak berapa hening. Seolah-olah berada dalam lindungan malaikat je.. aiseyh!

Jadi, kalau nak ke STAY AL-KITAB ni, bolehla hubungi Ustaz Asmadi 017 6727584.. haha, teringat masa mula2 call Ustaz ni dulu.. janganlah call, takkan dilayannya.. Ustaz kata dia jarang angkat nombor telefon yang dia tak berapa kenal.. jadi, mesage ustaz dulu and clarify la semua benda..baru Ustaz akan call semula. Ustaz Asmadi ni jaga rumah ni, tapi dia agak sibuk dengan kerja jugak, jadi pandai2 la deal ye. Dan kalau u guys nak bawak ape2..better tanya Ustaz dulu.. hari tu saya ingat nak bawak beras, tapi Ustaz kata bekalan beras dah cukup sehingga hujung tahun.. MashaALLAH, murahnya rezeki anak2 kat sini..dipelihara rezekinya.. jadi, lepas tu Ustaz akan ckp la apa yang tak cukup.

Sampai je Beranang. Cari Pejabat Pos Beranang. Then ada lorong kecik je, masuk, belakang sikit.



Belakang tu Ustaz Ahmad, guru yang mengajar kat sini.

Ni Kak Rin, my friend. G skali ngan dia la hari tu.
2) Rumah Anak Yatim At-Taqwa Puchong

Ni rumah anak yatim kedua yang sy singgah. Rumah ni Ustazah Hayati yang jaga. No telefon ustazah 0132714595. Ustazah memang full time jaga sini. Jadi kalau tak tahu jalan ( macam saya.. :(  huhu ) boleh terus contact ustazah. Rumah ni students dia dah dekat 50. Memang ramai, tapi asrama lelaki dan perempuan diasingkan. Ustazah kata, 'dalam hidup ni..jangan tunggu anak yatim yang datang cari kita, tapi kita yang kena datang cari mereka.' Astagfirullah.. teringat Rasulullah yang juga anak yatim.Sebab tu kalau ada mana2 anak yatim, usaplah kepalanya! Subhanallah.

Call ustazah, dia akan beritahu juga apa yang nak dibeli. Ustazah siap bercerita, Bulan Ramadhan ni, duit raya anak2 dah cecah 1K lebih.. MashaALLAH..Rumah ni juga DIJAMIN BEBAS daripada Al-Arqam. Maksudnya, ustazah takkan benarkan mana2 anak yatim ni untuk minta derma atau jual barang. Anak2 ni anugerah, jaga sebaiknya.. bukan untuk dijadikan pengemis.  @_@

Ustazah beli rumah paling tepi sebab halaman dia luas. Ustazah renovate sikit2. Ni la dewan dan tempat makan anak2 kat sini. Walaupun anak2 lelaki tinggal kat rumah berbeza, tapi still akan berkumpul kat sini untuk sebarang acara/event.

Kawasan perumahan.


No telefon, alamat semua ada. Time sy datang ni, ada la geng2 motor datang. Seronok anak2 yatim ni, dpt naik moto besar, dapat g bazar. Sampai bazar Ramadhan, abang2 dan kakak2 motor ni akan belikan apa yang mereka suka. Alhamdulillah.

Ada TV. Sudut hiburan.. haha.. ade pulak nama sudut ni.

abang2 dan kakak2 motor.






_ *****_





Monday, 1 April 2013

Budak nakal


Mereka budak nakal,
mengaji di sekolah warak,
entah ape yang merasuk jiwa,
mereka memang budak nakal.

mereka bergaduh,
mereka bertengkar,
mereka bertikam lidah,
mereka menuduh,
aku mengungkit,
kau mengherdik,
cuma kita cepat mesra,
aku lupa,
kau maafkan,
cepat mereka baik.
Ini memang kisah budak nakal.

ada cerca,
dari kanan, sudut kiri, sisi depan belakang,
ada caci,
mereka diam,
hati dendam,
sekejap cuma,
mereka lupa,
mereka maafkan,
kita semua kan kawan.

mereka memang budak nakal,
ketawa besar,
galak,
hati tetap kecil,
sensitif,
dia rasa,
apa aku rasa,
aku dan dia,
kita memang budak nakal.

budak nakal bersaing,
budak nakal bertanding,
budak nakal wakil sekolah,
naik turun pentas,
macam budak yang baik,
kadang menang,
kalah pula,
dah sah, budak nakal!

budak nakal semangat waja,
mereka kuat 
mereka tegap
mereka kalis
meraka kukuh
hati tetap lemah
kalah dengan cinta
setia untuk derita?

ish budak nakal
panjat pagar
kami tamak
kau mahu
aku ambilkan
aku tunaikan
apa sahaja yang kau mahu
tersangkut pula
diketahui cikgu
masalah tiba
hai..si budak nakal

mana pergi budak nakal semua?



Tuesday, 19 March 2013

Hadiah Buat Kamu,


It's quite late for a wish,
today was so belated,
just wishing you,
beautiful moments,
treasured memories,
and all the blessing..
a HEART can know.

like it, when seeing you smile,
love it, when i am the reason.

Dear, Happy Birthday.
Just a good doa for you,
from me, for you,
May Allah bless you always.
Like HE (Allah) bless our friendship forever <3


celebrating Husna's birthday with cheerish and happiness,

Sunday, 17 February 2013

Nenda Kamisah

 Saya punya nenda, Kamisah Masain namanya..

Ingatan di masa kecil, dunia kanak-kanak yang tak mengerti erti kematangan, hanya terlintas satu perkara tentang nendaku.." SANGAT GARANG"....( hanya dua perkataan yang paling dibenci oleh 80% kanak-kanak di dunia.. manakala 20% lagi, dimanja dibelai tanpa mengenal kalimah garang dalam diary perjalanan masa kecilnya )..

Nendaku, kami gelar nenek...cukup ringkas, tiada panggilan opah, tok mahupun wan.... namun, kadang kala, saya menggelarnya nenek yang garang.. biasalah, fitrah dunia si kecil..bencikan perkataan ini..

Saya pernah lihat nenek menangis, menitis air matanya, pada waktu itu, dua mata ini hanya melihat biasa, sifar perasaan.. tetapi, mengapa saat nukilan ini ku taip menggunakan hujung jariku..tiba-tiba, sebak yang kurasakan..kerana, dia NENDAKU..sampai dunia ini berakhir, dia NENEKKU.. air matanya dahulu, tertitis di mataku, kerana mengenangnya.. sungguh tak kusangka.. pasti pada waktu kecilku dahulu, tidak ku sangka yang aku bakal menangis pada hari ini kerana mengenangnya..

Tabah, cekal, pernah punya kerjaya lasak, tegas dan garang.. itulah nendaku..

Minang keturunannya, tatkala mula memasak, banyak sekali..sudah terbiasa barangkali, manakan tidak, 10 orang anak dibesarkannya sendiri, bila berbicara perihal anak-anaknya, sungguh saya bangga! Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku, bagaimana harusku katakan bahawa aku bangga menjadi secebis daripada susur keluarga ini! Masing-masing berjaya dalam haluannya sendiri, bukan universiti yang menjadi pengukur kepada "berjaya" yang aku maksudkan..namun, personaliti mereka! ada sesuatu yang sama tentang anak-anak nenekku..tabah ! rajin ! ( mungkin betul kata ibuku, kami sudah diasuh nenek untuk berdikari sejak kami dilahirkan )

Empat perempuan, enam lelaki. Sulungnya perempuan, bongsunya juga perempuan.. tengahnya juga perempuan.. uniknya aturan ALLAH.. nama-nama mereka pula, sangat istimewa, tatkala orang lain punya ibu yang bernama Melati, Kalsom, saya punya ibu dan ibu-ibu saudara dengan nama yang istimewa..seistimewa insannya..

" Perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya masuk dapur jugak, dapur jugak tempatnya ".. dialog lapuk. Namun, itulah ibu dan ibu-ibu saudaraku. Sedikit sebanyak, turun juga kemahiran nenek pada mereka. 

Mama tak ramai kawan yang betul-betul rapat dengannya, tapi dia bertuah punyai kakak sulung yang menyimpan rapi rahsianya, mengambil berat tentangnya, seterusnya mengambil tempat sebagai seorang ibu buat mamaku.. Maksu dan Mak Uda (mesra dgn penggilan Mak Bab) pula, tak pernah lekang dengan kata ransangan, dorongan dan sokongan, pantang mereka berjumpa, pasti hari itu hari bahagia buat mamaku..

p/s : terima kasih Ya Allah.. terima kasih nenek, kerana melahirkan ibu-ibu yang hebat.. darah yang mengalir dalam setiap kapilari badan mereka, asalnya daripada bakti nenek melahirkan mereka, malah, tiada kami, cucu-cucumu tanpa kelahiran mereka... Ya Allah, cantiknya aturanmu..


credit to maksu for lovely picture :))