Monday 1 April 2013

Budak nakal


Mereka budak nakal,
mengaji di sekolah warak,
entah ape yang merasuk jiwa,
mereka memang budak nakal.

mereka bergaduh,
mereka bertengkar,
mereka bertikam lidah,
mereka menuduh,
aku mengungkit,
kau mengherdik,
cuma kita cepat mesra,
aku lupa,
kau maafkan,
cepat mereka baik.
Ini memang kisah budak nakal.

ada cerca,
dari kanan, sudut kiri, sisi depan belakang,
ada caci,
mereka diam,
hati dendam,
sekejap cuma,
mereka lupa,
mereka maafkan,
kita semua kan kawan.

mereka memang budak nakal,
ketawa besar,
galak,
hati tetap kecil,
sensitif,
dia rasa,
apa aku rasa,
aku dan dia,
kita memang budak nakal.

budak nakal bersaing,
budak nakal bertanding,
budak nakal wakil sekolah,
naik turun pentas,
macam budak yang baik,
kadang menang,
kalah pula,
dah sah, budak nakal!

budak nakal semangat waja,
mereka kuat 
mereka tegap
mereka kalis
meraka kukuh
hati tetap lemah
kalah dengan cinta
setia untuk derita?

ish budak nakal
panjat pagar
kami tamak
kau mahu
aku ambilkan
aku tunaikan
apa sahaja yang kau mahu
tersangkut pula
diketahui cikgu
masalah tiba
hai..si budak nakal

mana pergi budak nakal semua?



15 comments:

  1. Replies
    1. hahaha..xpyh nak hihihi sgt la..ess aii gila kau!

      Delete
  2. nama : atyn
    course : dip in accountancy
    tempat : uitm lendu, alor gajah melaka
    tahun : jun 2010 - apr 2013

    ReplyDelete
  3. nama: akyn
    course: mechatronics
    tempat:University of Applied Sciences, Aschaffenburg
    tahun: nov 2012-????(depends lah,minima 7 sem, standard kemampuan malaysian 8 sem)

    ReplyDelete
  4. Nama : Preiseden Geba/ Ess aii ( ahli jawatankuasa ) aka Aishah
    cos : MBBS ( Medical Bachelor&Bachleor surgery )
    tmpt : Management & Science Uni, shah alam, selangor
    Tahun: 2013 - 2018 ( 5 taun )-lmbt la aku kawin..huk.huk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilex shah..aq pun degree 4 taon gak..tp kawen nak cepat je..hahaha~

      Delete
  5. nama: tira
    cos: bachelor of science record management
    tmpt uitm puncak perdana
    tahun: mac 2013 - 2015(dijangka tamat):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape ni..ingat bom jangka ke..sekali meletup! habis la..

      Delete
    2. tedy es aii..hahaha =P

      Delete
  6. name gua zetto adnan...
    course : telecommunication engineering
    tmpt : uni teknikal malaysia melaka.
    tahun 2011-2015

    hihihi <3

    ReplyDelete