Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Budak nakal


Mereka budak nakal,
mengaji di sekolah warak,
entah ape yang merasuk jiwa,
mereka memang budak nakal.

mereka bergaduh,
mereka bertengkar,
mereka bertikam lidah,
mereka menuduh,
aku mengungkit,
kau mengherdik,
cuma kita cepat mesra,
aku lupa,
kau maafkan,
cepat mereka baik.
Ini memang kisah budak nakal.

ada cerca,
dari kanan, sudut kiri, sisi depan belakang,
ada caci,
mereka diam,
hati dendam,
sekejap cuma,
mereka lupa,
mereka maafkan,
kita semua kan kawan.

mereka memang budak nakal,
ketawa besar,
galak,
hati tetap kecil,
sensitif,
dia rasa,
apa aku rasa,
aku dan dia,
kita memang budak nakal.

budak nakal bersaing,
budak nakal bertanding,
budak nakal wakil sekolah,
naik turun pentas,
macam budak yang baik,
kadang menang,
kalah pula,
dah sah, budak nakal!

budak nakal semangat waja,
mereka kuat 
mereka tegap
mereka kalis
meraka kukuh
hati tetap lemah
kalah dengan cinta
setia untuk derita?

ish budak nakal
panjat pagar
kami tamak
kau mahu
aku ambilkan
aku tunaikan
apa sahaja yang kau mahu
tersangkut pula
diketahui cikgu
masalah tiba
hai..si budak nakal

mana pergi budak nakal semua?



Thursday, 28 March 2013

ShERLok RUn 2013

merapu meraban, tp ikhlas dr hati, hehehe..ikhlas pun kena beritahu ke??huuu~

Kisah Sherlock Holmes perihalnya penyiasatan, kepintaran dan kepekaan..
Ini pula kisah simetri persahabatan.. setiap sisinya kukuh dan sama..
hubungan kasih sayang ini begitu pejal, bentuknya tetap,
kasih sayang ini sama buat semua,
akhirnya membentuk bulatan yang menjalin hati-hati manusia.

kisah ini punya banyak mesej istimewa,
dia yang penat, banyak berjasa, 
dia pula berhujan berpanas,
ada yang kerjanya sehingga mengorbankan waktu tidur
ada yang berbelanja, memperuntuk wang sendiri
tangis kerana bimbang
gembira kerana menjadi seperti dirancang
risau andai hasilnya tak sehebat dicanang
marah.
semuanya kadang kala kusut.
malah serabut
Ini kisah pengorbanan..berkorban bukan untuk ganjaran. Tahniah kalian :)

namun, ini bulatan berjasa, mengikat jiwa dan sanubari insan terpilih
sehingga mencambahkan mawaddah sebenar
sebagai satu badan, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya!
aku sampai terasa sakitnya! aku tahu kau juga begitu..

ini kisah Sherlock Holmes yang diadaptasikan realiti
namun, kita berjaya mencantas kehebatan beliau
kerana kita lebih segala
Sherlock ada Watson ( Watson kwn yg plg rapat dgn Sherlock, ikut ke mana shj )
kita ada semua :)
Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah

**************
Tahniah kalian, pasti rindu bertaut di kalbu..




gimik hebat, lakonan Nor Mazni, Siti Naeimah dan Afiqah Zaini, zulfadhli jugee~
idea tuan-puan bahagian aktiviti


selesai agenda, insan berlelah berhempas tenaga

 backdrop :)

p/s : ini kerja semua, semangat semua, usaha semua, titik-titik peluh mengalir,setiap jalan diambil, kaki mengatur langkah, akal ligat berilham, tangan sibuk mengatur..
*******akhirnya dihadiahi kalian...dengan segaris senyuman menawan, gelak tawa berderai, terima kasih :))

tak sebut nama bukan sebab lupa! eh mana boleh lupa yang berhormat sekalian ni, :)

credits hani, diana, dk, dibah, shahida, umi, mazni, farah aina, fiqmat, lisa, dijah, gda, tikhah, nik farah, ili, munirah, suliana, qeqba, zubaidah, fareeda, amal, nadia, fadz, timah, wan mimi, naimah bahari, deena, izzah, khalilah, najwa...tak lupa, nana







Sunday, 17 February 2013

Nenda Kamisah

 Saya punya nenda, Kamisah Masain namanya..

Ingatan di masa kecil, dunia kanak-kanak yang tak mengerti erti kematangan, hanya terlintas satu perkara tentang nendaku.." SANGAT GARANG"....( hanya dua perkataan yang paling dibenci oleh 80% kanak-kanak di dunia.. manakala 20% lagi, dimanja dibelai tanpa mengenal kalimah garang dalam diary perjalanan masa kecilnya )..

Nendaku, kami gelar nenek...cukup ringkas, tiada panggilan opah, tok mahupun wan.... namun, kadang kala, saya menggelarnya nenek yang garang.. biasalah, fitrah dunia si kecil..bencikan perkataan ini..

Saya pernah lihat nenek menangis, menitis air matanya, pada waktu itu, dua mata ini hanya melihat biasa, sifar perasaan.. tetapi, mengapa saat nukilan ini ku taip menggunakan hujung jariku..tiba-tiba, sebak yang kurasakan..kerana, dia NENDAKU..sampai dunia ini berakhir, dia NENEKKU.. air matanya dahulu, tertitis di mataku, kerana mengenangnya.. sungguh tak kusangka.. pasti pada waktu kecilku dahulu, tidak ku sangka yang aku bakal menangis pada hari ini kerana mengenangnya..

Tabah, cekal, pernah punya kerjaya lasak, tegas dan garang.. itulah nendaku..

Minang keturunannya, tatkala mula memasak, banyak sekali..sudah terbiasa barangkali, manakan tidak, 10 orang anak dibesarkannya sendiri, bila berbicara perihal anak-anaknya, sungguh saya bangga! Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku, bagaimana harusku katakan bahawa aku bangga menjadi secebis daripada susur keluarga ini! Masing-masing berjaya dalam haluannya sendiri, bukan universiti yang menjadi pengukur kepada "berjaya" yang aku maksudkan..namun, personaliti mereka! ada sesuatu yang sama tentang anak-anak nenekku..tabah ! rajin ! ( mungkin betul kata ibuku, kami sudah diasuh nenek untuk berdikari sejak kami dilahirkan )

Empat perempuan, enam lelaki. Sulungnya perempuan, bongsunya juga perempuan.. tengahnya juga perempuan.. uniknya aturan ALLAH.. nama-nama mereka pula, sangat istimewa, tatkala orang lain punya ibu yang bernama Melati, Kalsom, saya punya ibu dan ibu-ibu saudara dengan nama yang istimewa..seistimewa insannya..

" Perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya masuk dapur jugak, dapur jugak tempatnya ".. dialog lapuk. Namun, itulah ibu dan ibu-ibu saudaraku. Sedikit sebanyak, turun juga kemahiran nenek pada mereka. 

Mama tak ramai kawan yang betul-betul rapat dengannya, tapi dia bertuah punyai kakak sulung yang menyimpan rapi rahsianya, mengambil berat tentangnya, seterusnya mengambil tempat sebagai seorang ibu buat mamaku.. Maksu dan Mak Uda (mesra dgn penggilan Mak Bab) pula, tak pernah lekang dengan kata ransangan, dorongan dan sokongan, pantang mereka berjumpa, pasti hari itu hari bahagia buat mamaku..

p/s : terima kasih Ya Allah.. terima kasih nenek, kerana melahirkan ibu-ibu yang hebat.. darah yang mengalir dalam setiap kapilari badan mereka, asalnya daripada bakti nenek melahirkan mereka, malah, tiada kami, cucu-cucumu tanpa kelahiran mereka... Ya Allah, cantiknya aturanmu..


credit to maksu for lovely picture :))