Tuesday, 8 October 2013

Kursus Kahwin Best!


بسم الله الرحمن الرحيم


( ustaz kursus kahwin ni cakap, matlamat kahwin bedasarkan ayat ni ada 3.. pertama, memberi ketenangan..kedua, berkasih sayang...dan ketiga, saling berlaku ihsan antara satu sama lain.. )

alhamdulillah.. akhirnya setelah asyik bertangguh dengan urusan dunia yang tak pernah selesai, sempat juga menjengah dan mencuri sedikit ruang masa di antara 24 jam sehari untuk menghadiri kursus kahwin.. 

Haha.. start dah nak cerita pasal kahwin2 ni.. ( Ya Allah, jauhkan la daripadaku sikap riak ketika bercerita, dikhuatiri niat yg suci akan dikaburi dengan akhlak yang keruh ^^ )  ni cuma nak kongsi information nd experience mcm tuh.. mana la tahu if my entry akan mudahkn urusan bakal-bakal pengantin di luar sana tu.. eceh! baik, sesiapa yg mencari KURSUS KAHWIN area Putrajaya dan Kuala Lumpur, anda2 ni digalakkan utk try jenguk ni..


okeyh, kursus kahwin ni akan diadakan pada setiap minggu, jadi for those yg last minit baru nak pergi kursus kahwin ni, dont worry kay.. plus, katakan lah u guys g kursus hari sabtu dan ahad, u guys akan dapat sijil pada hari RABU, mudah dan cepat kan!

saya pergi yg Putrajaya punya, Presint 9.. dekat dengan Food Court Presint 9, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Kompleks Kejiranan Presint 9.. atas Restoran Darussalam..

bayaran pula RM80 ( standart price la ni kan.. ).. u guys akan dapat buku "Gerbang Perkahwinan", pen, kertas A4, malah.. makanan pada hari Ahad ( breakfast dan lunch ) pun disediakan.. hari tu, breakfast makan Nasi Goreng nd sambal telur, then lunch pulak, nasi putih, lauk gulai sayur dan ayam masak merah.. if u guys tak gemar dengan lauk2 gini.. jgn risau, bawah dewan kursus ni penuh dengan restoran.. malah, food court cuma beberapa tapak je dari tempat ni ^0^

dann..yg paling best tu, penceramah dia! semuanya sgt best dan kelakar.. ala2 otai mcm tu.. memang tak kering gusi dibuatnya.. dan ingat, kursus kahwin kan cuma sekali seumur hidup, jadi niat kena betul.. niatkan supaya saat kita jejakkan kaki ke sana, kita nak kutip semua ilmu yg diberikan oleh penceramah kpd kita.. ilmu dia bukan setakat ilmu agama! tapi ilmu dan pengalaman rumah tangga penceramah sendiri.. 

hah, tapi, meh nak story awal2, dewan dia ni agak kecil untuk 100 orang peserta.. jadi tempat duduk sgt limited dan packed! mula2 rasa geram sgt..tp tu la.. Allah buka pintu hati ni utk redha dan ikhlas.. dah la sy suka duduk depan, hari pertama xdpt duduk depan, lepas tu, Ahad pulak datang lamabat 5 minit.. tapi rezeki kan.. dapat duduk depan.. sebab peserta2 kursus ni memang suka duduk belakang2.. jd yg kosong depan je.. jadi u guys yg suka duduk belakang tu..kena dtg awal taw..hehehe 

2 comments:

  1. sama la kita pun baru lps kursus kahwin mnggu lps..dan lps pada tu ambil hiv test pulak..

    ReplyDelete