Wednesday, 10 July 2013
Cacat
Tatkala mula menulis.. aku letakkan telingaku paling hampir sekali dengan mulut..biar bait kata yang terluah..didengari telingaku dahulu.. biar aku menjadi insan pertama yang terkesan dek refleksi kecacatan diri..
muhasabah perlu mengatasi tembok keegoan diri.. silaturrahim perlukan kepada kemaafan dan keredhaan.. hubungan bersama manusia seiring menjaga hubungan bersama Allah..cantik rapi penjagaannya..cantik jua balasannya.
.....
hai manis..kau tampak manis dengan imanmu .. manis dengan zuhud batinmu.. dengan kesederhanaan itu.. aku rindukan diriku dulu.. tetapi aku mencintai diriku kini.. kerana aku kini dah berubah.. kau juga perlu begitu..
hai anak adam..engkau tiada apa melainkan hari dan detik waktu..bila berlalu waktu itu.. masamu jua berlalu tanpa menunggu..dan kau tiada apa lagi ketika itu.. tinggallah kau dengan dirimu sendiri..
kita pernah bersalah..aku kau pernah melampaui batas kita.. pernah melanggar batasan sempadan.. mengjangkaui pemisah hak dan batil..namun kita manusia cacat..boleh berhijrah.. namun masih boleh kecundang dek batasan nafsu yang memakan waktu.. itulah penilaian kita sebagai manusia..kadang kala kalah dan tersungkur..
manusia cacat di bulan ramadhan
Sunday, 7 April 2013
Review on "Sembunyi, Amukan Azazil"
Oryte..a brief review on SEMBUNYI, AMUKAN AZAZIL..
Pelakon : Diana Danielle, Remy Ishak, Umi Aida, Sharnaaz Ahmad, dan lain2..
Okey, ceritanya dimulakan dengan adegan zaman Jepun..Diana Danielle ( Aishah ) ni telah diselamatkan oleh Remy Ishak ( Kamal ) dan direhatkan di sebuah kampung. Aishah bangun2 je dah cari kalungnya, tapi tak jumpa pun..Dia menumpang di rumah Ibu Yani ( Umie Aida ) yang juga ibu kepada Kamal. Kampung ini merupakan kampung yang tidak pernah diserang Jepun dan selamat. Pada suatu hari, Aishah ternampak kelibat seorang anak kecil ( bermuka hodoh dan cacat )..dia pun mengejar budak itu, sehinggalah dia terjatuh. Tanpa disedari, dia telah terlanggar pagar yang dibuat penduduk kampung. ( pagar utk halang makhluk Azazil daripada masuk ke kampung tu ). Jadi pada malam tu, serangan Azazil terjadi lagi. Aishah sempat diselamatkan oleh Kamal, namun Hanum ( lakonan Sabrina Ali ) dan suaminya tidak dapat diselamatkan. Kehilangan Hanum, membuatkan kawan baiknya, Melor ( Emelda ) hilang akal. Melor juga merupakan isteri kepada Atan ( Sharnaaz Ahmad ). Mulai saat tu, Atan sangat marahkan Aishah kerana menganggap Aishah la punca kampung itu diserang oleh Azazil. Azazil yang digambarkan oleh Ibu Yani ialah makhluk yang jahat, syaitan dan iblis. Kedatangannya boleh diketahui kerana masakan akan bertukar menjadi cacing, air akan bertukar menjadi darah dan semua binatang peliharaan akan mati. Azazil juga merupakan makhluk yang kebal, dan tidak mampu dibunuh.
Sebelum Hanum sempat diambil oleh Azazil, dia ada berpesan kepada Aishah untuk mencari sebatang pokok. Aishah yang sudah rimas asyik disalahkan oleh orang kampung, akhirnya tekad untuk menyelesaikan misteri di kampung itu dan mencari pokok itu, tanpa pengetahuan Kamal dan Ibu Yani. Kamal pada waktu ini telah pun berkahwin dengan Aishah. Apabila menjumpai pokok tersebut, Aishah telah menggali tanah berdekatan pokok itu lalu menjumpai semula kalungnya. Semua memori Aishah tiba-tiba kembali. Dia telah mengingati semua asal usulnya. Apabila dia pulang ke rumah, dia amat terkejut apabila mendapati bahawa muka semua penduduk kampung, Kamal dan Ibu Yani menjadi sangat buruk. Barulah Aishah menyedari hal sebenar bahawa dia sebenarnya telah diculik oleh orang bunian. Makhluk Azazil yang dikatakan jahat itu pula sebenarnya ialah jin yang telah dihantar oleh keluarga Aishah untuk menyelamatkan dan mengeluarkan dia daripada kampung tersebut. Setelah sedikit pergelutan, akhirnya Aishah selamat tiba di dunia manusia. Sheila Rusli memainkan peranan sebagai pelerai cerita, dialah yang menceritakan semuanya kepada Aishah ( Sheila Rusli bermuka hodoh, dia sebenarnya budak yang dikejar oleh Aishah sewaktu pertama kali dia di kampung itu ). Adik Aishah yang menyuruhnya untuk mencari Aishah.
Adik Aishah sudah tua. Kononnya, waktu di dunia manusia bergerak lebih laju berbanding waktu di dunia bunian. Pada akhir cerita, barulah diketahui bahawa Hanum bukanlah diculik, tapi diselamatkan ke dunia manusia. Pengakhiran yang seram apabila Ibu Yani yang bermuka hodoh datang dalam mimpi Aishah dan mengatakan bahawa Aishah telah mengandung. Cerita berakhir dengan adegan Aishah terjaga daripada tidurnya dan muntah!
Subscribe to:
Posts (Atom)
