Thursday, 28 March 2013

Rewarding Myrself :)


Assalamualaikum..

Kadang-kadang, kita rasa penat sangat, penat untuk teruskan hidup..terasa dunia semakin tidak adil, namun, pada hakikatnya kita yang tidak adil dengan diri sendiri..biar penat di dunia, supaya tidak payah di sana..peringatan untuk diri sendiri jugak~

Bila penat, jadual tersusun padat, masa berehat berlalu begitu sahaja, tak sedar pula yang aku punya waktu untuk melepaskan lelah dan nafas yang semakin tersangkut-sangkut dek kesibukan dunia..dunia jangan diabai, kerana dunia penentu akhirat sana..

Penat, penat, tatkala susah, senang, pasti penat yang semua orang rasakan, berseronok dan bergembira pun mendatangkan penat, namun penat yang penuh bermakna!

Biar penat kita mendatangkan hasil hebat diakhirnya..berikan ganjaran pada diri sendiri! Biar bukan daripada orang lain, biar sedikit wang diguna..hanya untuk mendapat kegembiraan dalam kepenatan.

penat...penat...penat...lumrah insan!

**********

haha..saje je nak merapu meraban malam2 ni..bulan ni bulan yang sibuk, hehe, ntah la..sem 2 ni makin busy pulak schedule..yg penting optimis! ( walaupn terselit gak tension )

daannn...mari beri ganjaran pada diri sendiri! sy ni tak mintak banyak, cukup lah dapat makan makanan yg sedap! harga berpatutan! hadiah buat perut, penghargaan pada diri sendiri! cari sesuatu yang kita suka, dan tunaikannya!

Snowball pelangi kat Kafe Bonda, Putrajaya :))



No comments:

Post a Comment