Tuesday, 5 March 2013
Tak Faham !!
Salam Sayang Readers!
Baru usha facebook, seperti biasa.. status panjang berjela..bukan status saya..tp status mereka yg pantang tatkala timeline di facebook tidak bergerak dek tiada update terbaru mengenai dirinya..
statusnya perihal kemarahan, kebencian, luahan perasaan..tak lupa jua ada yang berkongsi kebahagian di dunia..tidak kurang juga yg mengemaskini isu-isu semasa, tabik kepada mereka yang cakna dan peka terhadap isu terkini..
Kata si dia, " Sayang kamu sangat2..semoga Allah sentiasa menjagamu "....
Bukankah lebih baik jika doa itu terus disampaikan kepada Maha Kuasa yang mendengar rayuan hambanya.. jika kegusaran bersarang di hati, jika perlindungan yang kita idamkan, bukankah doa itu wajar dipinta terus kepada Penjaga Alam ini, tidak perlu dicanang kepada semua perihal kasih sayang kita, betapa kita sangat mengambil berat tentang pasangan kita...
~ pelik dengan sikap mereka yang suka berkongsi segala-galanya, kan indah hidup merendah diri, gunakan facebook dengan bijak, mengeratkan silaturrahim, gambar yang terhad ( terutamnya perempuan )..senang cerita, barulah mengecapi kepuasan sebenar.... MAHA PENDENGAR kan ada :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment