Barakallah Alaik,
Okay, entry ni hanyalah perkongsian saya dengan bakal-bakal pengantin sekalian, supaya urusan perkahwinan ini tidak menjadi urusan yang menyusahkan..aiseyh! haha
Once u guys dah attended Kursus Kahwin, moh kita buat UJian Saringan HIV pulokk kay.. dan HIV Test ni hanya boleh dilakukan di Klinik2 Kesihatan berdekatan lokasi u guys, tak lama punn..serious tak lama, paling lama pun sejam la kot, tapi luckily, HIV Test saya hanya mengambil masa selama 30 minit.. ( walaupun memang crowded sangat dengan pakcik2 dan makcik, dann ibu2 mengandung yang datang untuk buat ujian berkala mereka.. ).. says Alhamdulilah sebab urusan saya dipermudahkan, Thanks Allah <3
Baiklah, sebelum nasib saya sebaik atas ni, saya pernah dikecewakan juga dek kerana terpaksa balik dan datang pulak lain kali, biasalah tu..alkisahnya bila saya ke KLINIK KESIHATAN DATO'KERAMAT. Saya sampai dalam pukul 3.15 macam tu, tapi saya tak berjaya buat HIV test pada hari tu sebab kit (peralatan) utk check HIV tu dah habis, bila saya nak buat apointment, rupa2nya tak boleh, nurse tu kata, " kat sini walk in HIV Test, jadi datang lain kali pulak," ( adehh, kenapa la disusahkan perkara yang senang, kasi lah kami buat appointment kan.. kan lagi menjanjikan kepastian, as kami ni pun ada urusan masing-masing juga, huhuhu -__- bukan marah,cuma terkilan #$*@ )
Even tak boleh buat appointment, nurse tu kasi jugak no telefon Klinik Kesihatan ni, katanya sebelum datang call dulu kay @_@
Klinik Kesihatan Dato' Keramat
03 42573333
03 42573333
Then, balik dengan rasa tak tenang. Jadi besoknya saya ke KLINIK KESIHATAN KELANA JAYA. Yeah! ( walaupun nurse ni garang, tapi takpe, tak bazir masa saya..saya suka..heeee ).. Bila datang je, kita dikehendaki ke satu kaunter khas untuk daftar, kena isi borang..bagi bakal pengantin yang nak nikah di Selangor, anda tak perlu gusar, sebab borang HIV Test ni boleh didapati di semua klinik2 kesihatan area Selangor. Then, nurse tu akan bagi nombor dan bayaran sebanyak RM1 seorang dikenakan..yezza!
Nama anda akan dipanggil, then "tapp!"..jari hantu saya pun ditebukk..hehehe
Simple dan Senang!
Tak perlu bersesak,
Tak perlu tunggu lama,
Selepas 15 minit, u guys akan diberikan result HIV :))
** additional notes : satu hari hanya 10 orang sahaja yang dapat buat HIV test, siapa cepat dia dapat! Dan kebanyakan Klinik Kesihatan hanya mengadakan HIV Test dari pukul 2.00 - 4.00 petang..depends on Klinik tu..
( ada B2B yang cerita, sesetengah Klinik Kesihatan akan beri kaunseling percuma mengenai penyakit AIDS dan virus HIVnya.. tapi Klinik Kesiahatan Kelana Jaya takde pun.. Settle!! ^^V