Sunday, 17 February 2013

Nenda Kamisah

 Saya punya nenda, Kamisah Masain namanya..

Ingatan di masa kecil, dunia kanak-kanak yang tak mengerti erti kematangan, hanya terlintas satu perkara tentang nendaku.." SANGAT GARANG"....( hanya dua perkataan yang paling dibenci oleh 80% kanak-kanak di dunia.. manakala 20% lagi, dimanja dibelai tanpa mengenal kalimah garang dalam diary perjalanan masa kecilnya )..

Nendaku, kami gelar nenek...cukup ringkas, tiada panggilan opah, tok mahupun wan.... namun, kadang kala, saya menggelarnya nenek yang garang.. biasalah, fitrah dunia si kecil..bencikan perkataan ini..

Saya pernah lihat nenek menangis, menitis air matanya, pada waktu itu, dua mata ini hanya melihat biasa, sifar perasaan.. tetapi, mengapa saat nukilan ini ku taip menggunakan hujung jariku..tiba-tiba, sebak yang kurasakan..kerana, dia NENDAKU..sampai dunia ini berakhir, dia NENEKKU.. air matanya dahulu, tertitis di mataku, kerana mengenangnya.. sungguh tak kusangka.. pasti pada waktu kecilku dahulu, tidak ku sangka yang aku bakal menangis pada hari ini kerana mengenangnya..

Tabah, cekal, pernah punya kerjaya lasak, tegas dan garang.. itulah nendaku..

Minang keturunannya, tatkala mula memasak, banyak sekali..sudah terbiasa barangkali, manakan tidak, 10 orang anak dibesarkannya sendiri, bila berbicara perihal anak-anaknya, sungguh saya bangga! Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku, bagaimana harusku katakan bahawa aku bangga menjadi secebis daripada susur keluarga ini! Masing-masing berjaya dalam haluannya sendiri, bukan universiti yang menjadi pengukur kepada "berjaya" yang aku maksudkan..namun, personaliti mereka! ada sesuatu yang sama tentang anak-anak nenekku..tabah ! rajin ! ( mungkin betul kata ibuku, kami sudah diasuh nenek untuk berdikari sejak kami dilahirkan )

Empat perempuan, enam lelaki. Sulungnya perempuan, bongsunya juga perempuan.. tengahnya juga perempuan.. uniknya aturan ALLAH.. nama-nama mereka pula, sangat istimewa, tatkala orang lain punya ibu yang bernama Melati, Kalsom, saya punya ibu dan ibu-ibu saudara dengan nama yang istimewa..seistimewa insannya..

" Perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya masuk dapur jugak, dapur jugak tempatnya ".. dialog lapuk. Namun, itulah ibu dan ibu-ibu saudaraku. Sedikit sebanyak, turun juga kemahiran nenek pada mereka. 

Mama tak ramai kawan yang betul-betul rapat dengannya, tapi dia bertuah punyai kakak sulung yang menyimpan rapi rahsianya, mengambil berat tentangnya, seterusnya mengambil tempat sebagai seorang ibu buat mamaku.. Maksu dan Mak Uda (mesra dgn penggilan Mak Bab) pula, tak pernah lekang dengan kata ransangan, dorongan dan sokongan, pantang mereka berjumpa, pasti hari itu hari bahagia buat mamaku..

p/s : terima kasih Ya Allah.. terima kasih nenek, kerana melahirkan ibu-ibu yang hebat.. darah yang mengalir dalam setiap kapilari badan mereka, asalnya daripada bakti nenek melahirkan mereka, malah, tiada kami, cucu-cucumu tanpa kelahiran mereka... Ya Allah, cantiknya aturanmu..


credit to maksu for lovely picture :))


Sunday, 20 January 2013

saya & biasiswa


U guys pernah tak pening kepala sebab carik sponsor utk study? Kat atas ni kisah benar sy yg nk dikongsikan bersama.. sbb xnk susahkn mama & abah, sy akhirnya tekad & nekad utk cari scholarship drpd company2 yg berjaya serata Malaysia nih..sy pun taip la kat GOOGLE SEARCH tu perkataan scholarsip..        ( ejaan sebenar scholarship k..tu just typing error ckit..hehe )

Then, keluarlah mcm2 scholarship yg ada..

Sime Darby laa..Maybank laa...Maxis pun ada scholarship gak :))

Dan bila dikaji-kaji..cara nak apply ni adalah online.. jadi, sedikit sebanyak, kenalah tahu komputer ckit2..kdg2 tu mcm3 kne upload skali, jadi keperluan utama adalah komputer/lappy & internet..

Then, keperluan kedua yg perlu ada ialah English..lomah lutut den speaking2 ni... dua requirements ni sgt sgt pentg in order for u guys utk apply for corporate scholarship.. ( even government punya scholarship pn skrg isi online :))

Then, bila u guys dah isi online form tu, & sudah provided all documents needed, u guys perlulah berdoa..kring kring ( its my phone rang )..Atiqah, you have to attend our interview on..bla bla...

dan interview inilah yg mendup dap kan jantung sy..baiklah sekadar perkongsian, ni adalah antara langkah2 yg perlu u guys amik sekiranya situasi ni berlaku pd kamu semuaaa :))

1) Bersyukur, at least even tak dapat lagi biasiswa tu, bersyukur sebab first stage dah lepas.

2) Go to GOOGLE SEARCH again, cari mengenai laman web biasiswa tu semula dan baca requirement dia dengan teliti..

3) then, search blog mane2 penerima scholarship tu, mane la tahu kalo ade blogger tu ceritakan pengalaman dia ditemu bual..if lucky, u guys mabey got the same questions to be ask during the interview..

4) list out all the questions yang berkemungkinan boleh ditanya..prepare with the answer..believe me, prepare a script of yourself ( includes name, schools, leadership achievements etc )..the interviewer may ask to know you better...

5) prepare a clear folder and arrange your certificates neatly. Please placed a resume of yourself first, before you arrange your certificates.

6) Prepare your formal attire..baju kurung puunnn boleeehh :))

7) Doa, Doa, Doa, Doa, dan doa...
( yg menentukan rezeki tu TUHAN YANG ESA, walau kite usaha mcm mana sekalipun, kalau bukan rezeki kita, kita takkan dapat juga bende tu.. )

dan tolong, minta ibu bapa untuk doa kan kita..siblings pun..( adik kesayangan sy siap bace Yasin lagi time sy tengah di interview, mama yg beritahu.. )

8) GO with confident and smile !! :D

U guys, ini merupakan pengalaman sy sewaktu nak apply utk biasiswa..ingat semula niat kita time kita tekad nak isi borang tu..( kdg2, ibu bapa kita mampu je tanggung kita, dan ada sesetengah pihak yg fikir, PTPTN kan ada..it depends on yourselves, ini hanya sekadar perkongsian..) dan ALHAMDULILLAH..sy kini pemegang biasiswa salah satu syarikat yg sy mention kat atas td.. ( sime darby ke, maybank ke, maxis ke..rahsiaaaa..hehe ) Sy cuma budak universiti biasa yang cuba mencabar diri sendiri untuk menjadi luar biasa. Sy mungkin kekok berbahasa Inggeris, jadi sy belajar..lancarkan..dan akhirnya sy sedar, sy bkn TAK BOLEH, tapi malu dan kurang keyakinan diri membuatkan sy merasakan yg sy TAK BOLEH, sedangkan sy BOLEH..sy, malah sesiapa shj boleh memberi anda semua motivasi, namun pilihan masih terletak pd diri anda..

maas salamah wa ilal liqa'