Sunday, 7 April 2013

Review on "Sembunyi, Amukan Azazil"


Oryte..a brief review on SEMBUNYI, AMUKAN AZAZIL..



Pelakon : Diana Danielle, Remy Ishak, Umi Aida, Sharnaaz Ahmad, dan lain2.. 

Okey, ceritanya dimulakan dengan adegan zaman Jepun..Diana Danielle ( Aishah ) ni telah diselamatkan oleh  Remy Ishak ( Kamal ) dan direhatkan di sebuah kampung. Aishah bangun2 je dah cari kalungnya, tapi tak jumpa pun..Dia menumpang di rumah Ibu Yani ( Umie Aida ) yang juga ibu kepada Kamal. Kampung ini merupakan kampung yang tidak pernah diserang Jepun dan selamat. Pada suatu hari, Aishah ternampak kelibat seorang anak kecil ( bermuka hodoh dan cacat )..dia pun mengejar budak itu, sehinggalah dia terjatuh. Tanpa disedari, dia telah terlanggar pagar yang dibuat penduduk kampung. ( pagar utk halang makhluk Azazil daripada masuk ke kampung tu ). Jadi pada malam tu, serangan Azazil terjadi lagi. Aishah sempat diselamatkan oleh Kamal, namun Hanum ( lakonan Sabrina Ali ) dan suaminya tidak dapat diselamatkan. Kehilangan Hanum, membuatkan kawan baiknya, Melor ( Emelda ) hilang akal. Melor juga merupakan isteri kepada Atan ( Sharnaaz Ahmad ). Mulai saat tu, Atan sangat marahkan Aishah kerana menganggap Aishah la punca kampung itu diserang oleh Azazil. Azazil yang digambarkan oleh Ibu Yani ialah makhluk yang jahat, syaitan dan iblis. Kedatangannya boleh diketahui kerana masakan akan bertukar menjadi cacing, air akan bertukar menjadi darah dan semua binatang peliharaan akan mati. Azazil juga merupakan makhluk yang kebal, dan tidak mampu dibunuh.

Sebelum Hanum sempat diambil oleh Azazil, dia ada berpesan kepada Aishah untuk mencari sebatang pokok. Aishah yang sudah rimas asyik disalahkan oleh orang kampung, akhirnya tekad untuk menyelesaikan misteri di kampung itu dan mencari pokok itu, tanpa pengetahuan Kamal dan Ibu Yani. Kamal pada waktu ini telah pun berkahwin dengan Aishah. Apabila menjumpai pokok tersebut, Aishah telah menggali tanah berdekatan pokok itu lalu menjumpai semula kalungnya. Semua memori Aishah tiba-tiba kembali. Dia telah mengingati semua asal usulnya. Apabila dia pulang ke rumah, dia amat terkejut apabila mendapati bahawa muka semua penduduk kampung, Kamal dan Ibu Yani menjadi sangat buruk. Barulah Aishah menyedari hal sebenar bahawa dia sebenarnya telah diculik oleh orang bunian. Makhluk Azazil yang dikatakan jahat itu pula sebenarnya ialah jin yang telah dihantar oleh keluarga Aishah untuk menyelamatkan dan mengeluarkan dia daripada kampung tersebut. Setelah sedikit pergelutan, akhirnya Aishah selamat tiba di dunia manusia. Sheila Rusli memainkan peranan sebagai pelerai cerita, dialah yang menceritakan semuanya kepada Aishah     ( Sheila Rusli bermuka hodoh, dia sebenarnya budak yang dikejar oleh Aishah sewaktu pertama kali dia di kampung itu ). Adik Aishah yang menyuruhnya untuk mencari Aishah.

Adik Aishah sudah tua. Kononnya, waktu di dunia manusia bergerak lebih laju berbanding waktu di dunia bunian. Pada akhir cerita, barulah diketahui bahawa Hanum bukanlah diculik, tapi diselamatkan ke dunia manusia. Pengakhiran yang seram apabila Ibu Yani yang bermuka hodoh datang dalam mimpi Aishah dan mengatakan bahawa Aishah telah mengandung. Cerita berakhir dengan adegan Aishah terjaga daripada tidurnya dan muntah!

Wednesday, 3 April 2013

Mudah..memang mudah..


 www.mudah.my
Memang mudah dgn mudah.my .... 

Kisahnya, abah belikan kasut yg memang cantik..time kat kedai tu, fitting kasut tu muat je..tapi entah nape bila balik je rumah, dah tak muat..mungkin org kedai tu amik kasut baru, dan tersalah saiz kot kan..
Rasa sedih sangat nak beritahu abah yang kasut ni tak muat..kasut ni dah beli setahun lepas dah pun..jadi terbiar je kat dalam almari baju..( saja nyorokkan dalam almari baju, supaya abah tak ingat )

tapi lama mana sangat nak nyorokkan..hmmm..jadi, sy buat keputusan untuk jual je kasut ni.. nak tanya kawan2 malu..sebab kawan2 semua dah beli kasut sendiri..jadi saja la test2 letak kat mudah.my..mana la tahu kalau ada orang nak kan..tup tup..ada orang mesage cakap dia nak kasut tu..pelanggan ni pulak terus je bank in duit time tu jugak..memang ekspres! 

jadi, sy pun post laju la kasut tu..kena la dalam rm8..harga kasut tu sebenar, RM98.90..jual RM75.00..biarlah jual murah sikit, lagipun dah tak guna kan..huhu..

dalam kenangan..hehe
tips utk nak jual barang tapi tak tahu kat mana nak jual..dan kepada siapa nak jual...hehe



Monday, 1 April 2013

Budak nakal


Mereka budak nakal,
mengaji di sekolah warak,
entah ape yang merasuk jiwa,
mereka memang budak nakal.

mereka bergaduh,
mereka bertengkar,
mereka bertikam lidah,
mereka menuduh,
aku mengungkit,
kau mengherdik,
cuma kita cepat mesra,
aku lupa,
kau maafkan,
cepat mereka baik.
Ini memang kisah budak nakal.

ada cerca,
dari kanan, sudut kiri, sisi depan belakang,
ada caci,
mereka diam,
hati dendam,
sekejap cuma,
mereka lupa,
mereka maafkan,
kita semua kan kawan.

mereka memang budak nakal,
ketawa besar,
galak,
hati tetap kecil,
sensitif,
dia rasa,
apa aku rasa,
aku dan dia,
kita memang budak nakal.

budak nakal bersaing,
budak nakal bertanding,
budak nakal wakil sekolah,
naik turun pentas,
macam budak yang baik,
kadang menang,
kalah pula,
dah sah, budak nakal!

budak nakal semangat waja,
mereka kuat 
mereka tegap
mereka kalis
meraka kukuh
hati tetap lemah
kalah dengan cinta
setia untuk derita?

ish budak nakal
panjat pagar
kami tamak
kau mahu
aku ambilkan
aku tunaikan
apa sahaja yang kau mahu
tersangkut pula
diketahui cikgu
masalah tiba
hai..si budak nakal

mana pergi budak nakal semua?