Wednesday, 3 April 2013

Mudah..memang mudah..


 www.mudah.my
Memang mudah dgn mudah.my .... 

Kisahnya, abah belikan kasut yg memang cantik..time kat kedai tu, fitting kasut tu muat je..tapi entah nape bila balik je rumah, dah tak muat..mungkin org kedai tu amik kasut baru, dan tersalah saiz kot kan..
Rasa sedih sangat nak beritahu abah yang kasut ni tak muat..kasut ni dah beli setahun lepas dah pun..jadi terbiar je kat dalam almari baju..( saja nyorokkan dalam almari baju, supaya abah tak ingat )

tapi lama mana sangat nak nyorokkan..hmmm..jadi, sy buat keputusan untuk jual je kasut ni.. nak tanya kawan2 malu..sebab kawan2 semua dah beli kasut sendiri..jadi saja la test2 letak kat mudah.my..mana la tahu kalau ada orang nak kan..tup tup..ada orang mesage cakap dia nak kasut tu..pelanggan ni pulak terus je bank in duit time tu jugak..memang ekspres! 

jadi, sy pun post laju la kasut tu..kena la dalam rm8..harga kasut tu sebenar, RM98.90..jual RM75.00..biarlah jual murah sikit, lagipun dah tak guna kan..huhu..

dalam kenangan..hehe
tips utk nak jual barang tapi tak tahu kat mana nak jual..dan kepada siapa nak jual...hehe



Monday, 1 April 2013

Budak nakal


Mereka budak nakal,
mengaji di sekolah warak,
entah ape yang merasuk jiwa,
mereka memang budak nakal.

mereka bergaduh,
mereka bertengkar,
mereka bertikam lidah,
mereka menuduh,
aku mengungkit,
kau mengherdik,
cuma kita cepat mesra,
aku lupa,
kau maafkan,
cepat mereka baik.
Ini memang kisah budak nakal.

ada cerca,
dari kanan, sudut kiri, sisi depan belakang,
ada caci,
mereka diam,
hati dendam,
sekejap cuma,
mereka lupa,
mereka maafkan,
kita semua kan kawan.

mereka memang budak nakal,
ketawa besar,
galak,
hati tetap kecil,
sensitif,
dia rasa,
apa aku rasa,
aku dan dia,
kita memang budak nakal.

budak nakal bersaing,
budak nakal bertanding,
budak nakal wakil sekolah,
naik turun pentas,
macam budak yang baik,
kadang menang,
kalah pula,
dah sah, budak nakal!

budak nakal semangat waja,
mereka kuat 
mereka tegap
mereka kalis
meraka kukuh
hati tetap lemah
kalah dengan cinta
setia untuk derita?

ish budak nakal
panjat pagar
kami tamak
kau mahu
aku ambilkan
aku tunaikan
apa sahaja yang kau mahu
tersangkut pula
diketahui cikgu
masalah tiba
hai..si budak nakal

mana pergi budak nakal semua?