Thursday, 28 March 2013

Tropicana Life :))


Meh nak citer, katenya kat Alamanda ni ada sale Tropicana Life :))
So, jom review ckit gambar2 tadi,

smart n casual :)

canteknye beg ... jelesnye..adik beli utk birthday kawan baik dia...bila giliran akak?hehe




ShERLok RUn 2013

merapu meraban, tp ikhlas dr hati, hehehe..ikhlas pun kena beritahu ke??huuu~

Kisah Sherlock Holmes perihalnya penyiasatan, kepintaran dan kepekaan..
Ini pula kisah simetri persahabatan.. setiap sisinya kukuh dan sama..
hubungan kasih sayang ini begitu pejal, bentuknya tetap,
kasih sayang ini sama buat semua,
akhirnya membentuk bulatan yang menjalin hati-hati manusia.

kisah ini punya banyak mesej istimewa,
dia yang penat, banyak berjasa, 
dia pula berhujan berpanas,
ada yang kerjanya sehingga mengorbankan waktu tidur
ada yang berbelanja, memperuntuk wang sendiri
tangis kerana bimbang
gembira kerana menjadi seperti dirancang
risau andai hasilnya tak sehebat dicanang
marah.
semuanya kadang kala kusut.
malah serabut
Ini kisah pengorbanan..berkorban bukan untuk ganjaran. Tahniah kalian :)

namun, ini bulatan berjasa, mengikat jiwa dan sanubari insan terpilih
sehingga mencambahkan mawaddah sebenar
sebagai satu badan, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya!
aku sampai terasa sakitnya! aku tahu kau juga begitu..

ini kisah Sherlock Holmes yang diadaptasikan realiti
namun, kita berjaya mencantas kehebatan beliau
kerana kita lebih segala
Sherlock ada Watson ( Watson kwn yg plg rapat dgn Sherlock, ikut ke mana shj )
kita ada semua :)
Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah

**************
Tahniah kalian, pasti rindu bertaut di kalbu..




gimik hebat, lakonan Nor Mazni, Siti Naeimah dan Afiqah Zaini, zulfadhli jugee~
idea tuan-puan bahagian aktiviti


selesai agenda, insan berlelah berhempas tenaga

 backdrop :)

p/s : ini kerja semua, semangat semua, usaha semua, titik-titik peluh mengalir,setiap jalan diambil, kaki mengatur langkah, akal ligat berilham, tangan sibuk mengatur..
*******akhirnya dihadiahi kalian...dengan segaris senyuman menawan, gelak tawa berderai, terima kasih :))

tak sebut nama bukan sebab lupa! eh mana boleh lupa yang berhormat sekalian ni, :)

credits hani, diana, dk, dibah, shahida, umi, mazni, farah aina, fiqmat, lisa, dijah, gda, tikhah, nik farah, ili, munirah, suliana, qeqba, zubaidah, fareeda, amal, nadia, fadz, timah, wan mimi, naimah bahari, deena, izzah, khalilah, najwa...tak lupa, nana







Rewarding Myrself :)


Assalamualaikum..

Kadang-kadang, kita rasa penat sangat, penat untuk teruskan hidup..terasa dunia semakin tidak adil, namun, pada hakikatnya kita yang tidak adil dengan diri sendiri..biar penat di dunia, supaya tidak payah di sana..peringatan untuk diri sendiri jugak~

Bila penat, jadual tersusun padat, masa berehat berlalu begitu sahaja, tak sedar pula yang aku punya waktu untuk melepaskan lelah dan nafas yang semakin tersangkut-sangkut dek kesibukan dunia..dunia jangan diabai, kerana dunia penentu akhirat sana..

Penat, penat, tatkala susah, senang, pasti penat yang semua orang rasakan, berseronok dan bergembira pun mendatangkan penat, namun penat yang penuh bermakna!

Biar penat kita mendatangkan hasil hebat diakhirnya..berikan ganjaran pada diri sendiri! Biar bukan daripada orang lain, biar sedikit wang diguna..hanya untuk mendapat kegembiraan dalam kepenatan.

penat...penat...penat...lumrah insan!

**********

haha..saje je nak merapu meraban malam2 ni..bulan ni bulan yang sibuk, hehe, ntah la..sem 2 ni makin busy pulak schedule..yg penting optimis! ( walaupn terselit gak tension )

daannn...mari beri ganjaran pada diri sendiri! sy ni tak mintak banyak, cukup lah dapat makan makanan yg sedap! harga berpatutan! hadiah buat perut, penghargaan pada diri sendiri! cari sesuatu yang kita suka, dan tunaikannya!

Snowball pelangi kat Kafe Bonda, Putrajaya :))



Tuesday, 19 March 2013

Review on "Lawak Ke Der 2"


Tahu, ramai dah tengok pun cerita ni kan..
teater ade..
just nak share wayang's version,

saje tengok citer ni sbb nak sambut besday roomates ;)


as for me, harith iskandar memang lawak der.. bila perbezaan antara lelaki dan perempuan dijadikan lawak..serius memang lawak! haha.. 

Harith Iskandar cakap,
lelaki cuma bercakap 7000 perkataan sehari,
perempuan bercakap lebih daripada 12000 perkataan sehari..

That's why, when the man asked his girlfriend, " How was your day"..
Girlfriend ada banyak perkara yang nak diceritakan.. dia akan ceritakan semua kisah dia daripada 
8 am till 8 pm non stop.. 
haha~
but when the woman started to ask about her boyfriend's day..
The answer : O.K.

banyak lagi lawak Harith Iskandar yang sangat menarik, smart sgt, 

JOZAN? wah..so touching when dorang start nyanyi lagu SAHABAT..
haha..lawak dorang tak pernah tak menjadi kot, 
kisah seorang perempuan yang mainkan 2 lelaki kaya, 2 orang lelaki ni pulak actually sahabat baik..
ala-ala cinta tiga segi gitu..

next BOBOI, genre komedi seram ni memang lawak..Harun Salim Bachik memang lawak pakai baju perempuan, macam real pulak..then part2 pula pasal Penerbangan Redha..

Nabil acts as pengacara & penari, siap menari gangnam style laaa~
Nabil agak lawak time dia buat scene Nasir Bilal Khan kat Mcdonald!

Nazmidah... ngan mat indon! haha


Hadiah Buat Kamu,


It's quite late for a wish,
today was so belated,
just wishing you,
beautiful moments,
treasured memories,
and all the blessing..
a HEART can know.

like it, when seeing you smile,
love it, when i am the reason.

Dear, Happy Birthday.
Just a good doa for you,
from me, for you,
May Allah bless you always.
Like HE (Allah) bless our friendship forever <3


celebrating Husna's birthday with cheerish and happiness,

Thursday, 14 March 2013

The Apprentice, UM Version :)



Salam beloved readers,

poster promosi :D
YOU'RE FIRED! trademark rncgn realiti The Apprentice yg dulu pernah ditayangkn kt tv.. Donald Trump, ala jutawan dunia tuuu punya rncgn.. dlm siri tu, dia akan bagi tugasan kat pekerja2 dan dorg msti siapkan tugasn tu dlm masa yg telah ditetapkan..stiap mggu psti akan ade yg tersingkir..dan UM...membawakan konsep yg sama!

ini kisah saya dalam " THE APPRENTICE, UM VERSION "

masih mnggunkn konsep yg sama dgn cter tu.... dan sy antara peserta yg mnyertai prtndingan ni.. berdebarnya, antara yakin dan tidak, tapi sy dan rkn2 masih meneruskan pendaftarn...



seriously, motif utama masuk benda ni sebab buleh jumpa dengan Ally Iskandar.. pengalaman, sijil, serta hadiah yg awesome pn antara sebabnya jugak laa~

Tugasan 1 berlansung dgn jayanya, Alhamdulillah..our group was not being fired! we're hired! jadi dup dap dup dap, kami trus dgn Tugasan seterusnya..ataupn TUGASAN AKHIR...

Our group members.. aja-aja fighting!
Okey..let begin the story.. Tugasan yg disangka mudah ni, akhirnya menjadi sgt susah.. masa yg diperuntukkan selama kurang drpd 62jam ni sgt mencabar mental .. entah mengapa, time ni sy agak tertekan..mengenangkan bahawa hari pertandingan sudah berlalu..saya berasa lega.. sekurang-kurangnya, kami antara pelajar yang berani ke hadapan, menyuarakan idea, melontarkan pandangan..terima kasih farah, izzati dan rozeeda..kita sudah buat yang terbaik!

daaannn..seperti yg dijanjikan, ALLY dan isterinya pun turut dtg memeriahkn mjlis..rupanya Ally la juri jemputan pd waktu ni... boleh je nak ambil gambr dgn dia..tp ntah kenapa, rasa malas pulak..haha..tp kami sempat la jugak beramah mesra dgn isteri Ally ni..dgr cerita, dia baru je graduate dlm bidang engineer! 

farah (nama isteri Ally) yg manis + cantik :)

rupanya, farah ni sama je dgn remaja lain..stail dia cakap, berlawak..lebih kurang je dengan kite2 sume :)
untunglah Ally Iskandar dpt isteri solehah cm ni..

 






Jalan Cari Makan!


Let say, u guys nak carik info or perkongsian pasal makanan...

cari lokasi utk makan...

dinner...

breakfast....

lunch....

supper...

bolehlah singgah kat blog sy lagi satu ye...

tu cuma perkongsian je..

kalo korg ade suggestion pun, leh la gtw kat situ..


Review On " Warm Bodies "


Nyte guys,

Okay, entry ari ni sal review cter WARM BODIES.. baru je kuar pawagam ari ni.. jd as reward pada diri sendiri, saje je g tgok jap.. thanks kawan sebab teman g tgok td...

Sekilas pandang..



R, nama hero tu..dia sebenarnye konfius dgn diri dia sendiri, at first tqa ingat dia kat alam roh..rupanya dia sbnrnya zombi yg ditemptkan di sebalik tembok tinggi sebab wabak zombi yang semakin merebak  kat satu bandar ni.. konon nya beberapa org sukarelwan dihantar la utk membunuh zombi2 ni..dan antara remaja2 yg pergi time ni ialah heroin citer ni ( which is Julie ) dan boyfriend si julie ni.. kali pertama R pndg Julie, dia mcm terpesona..dan tiba2 dia kene tembak dgn Perry ( pakwe Julie )..marah la R..dia pun makan Perry punya otak ( bagi zombi2 ni..organ manusia yg paling sdap ialah otak..dan Perry pun mati..) ramai sukarelwn yg terbunuh time ni.. tp Julie antara yg belum terbunuh.. tapi tiba2 peluru Julie habis ( cara nak bunuh zombi ni kononnya kena tembak straight kat kepala dorg )... Julie pun memekik nama Perry..R yg nampk semua zombi laen mcm bau manusia ( manusia tu Julie )..puuunnn selamatkan Julie..dia sapu darah kat pipi Julie..dan suruh Julie buat2 mcm zombi gk.. maka, masuklah Julie ke dlm kelompok zombi tu...

This is R!!!


R sndri pelik dgn tindakan dia tu..dan akhrnye dia sedar yg dia dh jtuh cnta dgn Julie..malangnya, ada 1 makhluk ag..nama Bones yg makanan dia ialah jantung manusia.. Bones ni sume buru Julie & R.. 

" R seorg myat, tiba2 dia mula terasa sejuk, seolah2 manusia..he's getting warmer.. R gk mula b'mimpi..sedgkn, mimpi ni just dtg apabila mnusia tdo..daaannn zombi tak tdo!! "



time ni la..baru dorg sedar yg wabak ni boleh diubati.. zombi2 laen pun mula sedar mereka boleh berubah...akhirnya perang antara zombi+manusia VS bones berlaku... (mula2 mnusia lawan ngan zombi, tp akhirnya mereka bersatu )... dan R puuunnnn...berubah juga~ hahahaha...berubah ke arah................ ???




Tuesday, 12 March 2013

Review for 'Oz The Great and Powerful'


Tak boleh lepas! Mesti jadikan filem ni salah satu daripada senarai filem yang perlu anda tonton!

Sinematografi yang sangat cantik dan indah..terpukau..tak rugi berhabis RM13 kalau macam ni la hasilnya.. nilai dan mesej pun lengkap.. Disney memang tak mengecewakan!

Okey..tadi sy dah pun menyaksikan filem ni..nak ckp ape ag..gempak habis la!

meh nak story mory ckit..

Kisah Oz, seorg ahli silap mata yg just perform kat sarkas, kutipan pun ckit je..tak pernah menguntungkan..tetiber time dia nak lari dari seorg samseng ni..time tu dia ada belon udara panas..dia naik dan dia ditelan dgn puting beliung..dia amat berharap agar dia tak mati lg..dan nak dijadikan cerita, dia terdampar kat sebuah negeri yg dinamakn OZ..sama nama dgn dia, time ni la dia mula jumpa Mila Kunis, tp Mila Kunis ni time tengah2 citer, dia jd witch yg jahat..dia dgn kakak dia la dalang kpd kuasa jahat dlm cerita ni..huhu..
time ni jugak la..Oz mengembara dengan tiga kwn karibnya..

patung porselin, Oz the wizard dan monyet yg juga pembantu dan sahabat Oz..
dan...cerita ni mengenai kepintaran Oz utk kalahkan witch dua beradik ni.. walaupn Oz ni bkn la wizard sebenar..tp dia bijak gunakan kepintaran dia utk kalahkan witch2 ni.. nak tahu ape jd akhirnya? kena la tgok sndri kat pawagam..hehe

The Curve Trip!


Salam readers and dearest friends,

Entry for today, a trip to The Curve Damansara! Seriously penat, selama ni penah je g..tp xde la cm ari ni, ari ni jalan2 pusing2..dr tesco mutiara damansara, ke the curve, then, pusing IKEA damansara pulak..pusing balik e-curve..jalan2..makan..penat, take a break..hehe

a lot to share, a lot of happiness..



huhu..just nice..tp xbeli yg ni pun..


huhu..melayang terbang duetku...

okey..bila smpai je the curve tu..saje la pusing2..lagipun, skrg duet ngah sengkek..tetber, ntah cm ne, dh ade dlm kedai Cotton On! dan kerana rasa yg excited sbb hrga2 yg murah..dan terbeli lah ckit2..tak banyak pun...

pastu teman kwn plak, katenyer nak carik suar.. jalan pusing2..dy berkenan la dgn suar dr kdai ni, DEBENHAMS..



really?? 70%! tp tak sume items, 


alamak...terborong lagi la..
aduh..tak leh lama2 kat sini..jd kena chow carik makanan..karang, perut tak berisi dek duet dah kering kontang..kate roomates sorang ni, Ika.. IKEA punya meat ball sedap gler..jd, laju je g IKEA tu..ala, dekat je..jalan tak sampai 100 langkah, dah sampai..hehe

Malangnya, meatball yg dicarik takde..jadi beli la curry puff IKEA yg sdap ni..

inti karipap IKEA yg sdap..n plg istimewa! masih panas! hhehe

chicken ball bagi menggantikan meatball...kempunan!

air yg boleh direfill..free utk refill..

Ikea..
Tapi ada sesuatu yg sgt pelik ngan tmpat mkn IKEA ni..meja makan dia takde kerusi..haha..tak faham la dgn tabiat makan berdiri ni..oopss..

kafe IKEA yg santai..haha..pelik tp benar :)



Tuesday, 5 March 2013

Tak Faham !!


Salam Sayang Readers!

Baru usha facebook, seperti biasa.. status panjang berjela..bukan status saya..tp status mereka yg pantang tatkala timeline di facebook tidak bergerak dek tiada update terbaru mengenai dirinya..

statusnya perihal kemarahan, kebencian, luahan perasaan..tak lupa jua ada yang berkongsi kebahagian di dunia..tidak kurang juga yg mengemaskini isu-isu semasa, tabik kepada mereka yang cakna dan peka terhadap isu terkini..

Kata si dia, " Sayang kamu sangat2..semoga Allah sentiasa menjagamu "....
Bukankah lebih baik jika doa itu terus disampaikan kepada Maha Kuasa yang mendengar rayuan hambanya.. jika kegusaran bersarang di hati, jika perlindungan yang kita idamkan, bukankah doa itu wajar dipinta terus kepada Penjaga Alam ini, tidak perlu dicanang kepada semua perihal kasih sayang kita, betapa kita sangat mengambil berat tentang pasangan kita...

~ pelik dengan sikap mereka yang suka berkongsi segala-galanya, kan indah hidup merendah diri, gunakan facebook dengan bijak, mengeratkan silaturrahim, gambar yang terhad ( terutamnya perempuan )..senang cerita, barulah mengecapi kepuasan sebenar.... MAHA PENDENGAR kan ada :))