Monday, 4 November 2013

Hukum Pakai Inai Bagi Pengantin


Salam,

Hukum Pakai Inai Bagi Pengantin :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
    So ladies, there's no doubt, InsyaALLAH kita boleh pakai inai, dengan syarat tidak menyerupai kaum2 lain ^^..u guys boleh juga rujuk Buku Ustazah Fatimah Syarha mengenai perkahwinan.
    GUYS, ada banyak pendapat.. pendapat di atas, mengharuskan bagi sebilangan jari. Walaubagaimana pun.. pendapat seterusnya menegaskan bahawa HARAM hukumnya bagi kaum lelaki memakai inai ^_^
    Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

    Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

    Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

    Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

    1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
    لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

    Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

    2. Hadis berikut:
    نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

    Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

    Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.


    4. Hadis dr Abi Hurairah:

    أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

    Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.

    @#_______#@

Thursday, 31 October 2013

HIV Test Untuk Bakal Pengantin


Barakallah Alaik,

Okay, entry ni hanyalah perkongsian saya dengan bakal-bakal pengantin sekalian, supaya urusan perkahwinan ini tidak menjadi urusan yang menyusahkan..aiseyh! haha

Once u guys dah attended Kursus Kahwin, moh kita buat UJian Saringan HIV pulokk kay.. dan HIV Test ni hanya boleh dilakukan di Klinik2 Kesihatan berdekatan lokasi u guys, tak lama punn..serious tak lama, paling lama pun sejam la kot, tapi luckily, HIV Test saya hanya mengambil masa selama 30 minit..                 ( walaupun memang crowded sangat dengan pakcik2 dan makcik, dann ibu2 mengandung yang datang untuk buat ujian berkala mereka.. ).. says Alhamdulilah sebab urusan saya dipermudahkan, Thanks Allah <3

Baiklah, sebelum nasib saya sebaik atas ni, saya pernah dikecewakan juga dek kerana terpaksa balik dan datang pulak lain kali, biasalah tu..alkisahnya bila saya ke KLINIK KESIHATAN DATO'KERAMAT. Saya sampai dalam pukul 3.15 macam tu, tapi saya tak berjaya buat HIV test pada hari tu sebab kit (peralatan) utk check HIV tu dah habis, bila saya nak buat apointment, rupa2nya tak boleh, nurse tu kata, " kat sini walk in HIV Test, jadi datang lain kali pulak," ( adehh, kenapa la disusahkan perkara yang senang, kasi lah kami buat appointment kan.. kan lagi menjanjikan kepastian, as kami ni pun ada urusan masing-masing juga, huhuhu -__- bukan marah,cuma terkilan #$*@ )
Even tak boleh buat appointment, nurse tu kasi jugak no telefon Klinik Kesihatan ni, katanya sebelum datang call dulu kay @_@

Klinik Kesihatan Dato' Keramat
03 42573333

Then, balik dengan rasa tak tenang. Jadi besoknya saya ke KLINIK KESIHATAN KELANA JAYA. Yeah! ( walaupun nurse ni garang, tapi takpe, tak bazir masa saya..saya suka..heeee ).. Bila datang je, kita dikehendaki ke satu kaunter khas untuk daftar, kena isi borang..bagi bakal pengantin yang nak nikah di Selangor, anda tak perlu gusar, sebab borang HIV Test ni boleh didapati di semua klinik2 kesihatan area Selangor. Then, nurse tu akan bagi nombor dan bayaran sebanyak RM1 seorang dikenakan..yezza!

Nama anda akan dipanggil, then "tapp!"..jari hantu saya pun ditebukk..hehehe

Simple dan Senang!
Tak perlu bersesak,
Tak perlu tunggu lama,
Selepas 15 minit, u guys akan diberikan result HIV  :))

** additional notes : satu hari hanya 10 orang sahaja yang dapat buat HIV test, siapa cepat dia dapat! Dan kebanyakan Klinik Kesihatan hanya mengadakan HIV Test dari pukul 2.00 - 4.00 petang..depends on Klinik tu..

( ada B2B yang cerita, sesetengah Klinik Kesihatan akan beri kaunseling percuma mengenai penyakit AIDS dan virus HIVnya.. tapi Klinik Kesiahatan Kelana Jaya takde pun.. Settle!!  ^^V

Tuesday, 8 October 2013

Kursus Kahwin Best!


بسم الله الرحمن الرحيم


( ustaz kursus kahwin ni cakap, matlamat kahwin bedasarkan ayat ni ada 3.. pertama, memberi ketenangan..kedua, berkasih sayang...dan ketiga, saling berlaku ihsan antara satu sama lain.. )

alhamdulillah.. akhirnya setelah asyik bertangguh dengan urusan dunia yang tak pernah selesai, sempat juga menjengah dan mencuri sedikit ruang masa di antara 24 jam sehari untuk menghadiri kursus kahwin.. 

Haha.. start dah nak cerita pasal kahwin2 ni.. ( Ya Allah, jauhkan la daripadaku sikap riak ketika bercerita, dikhuatiri niat yg suci akan dikaburi dengan akhlak yang keruh ^^ )  ni cuma nak kongsi information nd experience mcm tuh.. mana la tahu if my entry akan mudahkn urusan bakal-bakal pengantin di luar sana tu.. eceh! baik, sesiapa yg mencari KURSUS KAHWIN area Putrajaya dan Kuala Lumpur, anda2 ni digalakkan utk try jenguk ni..


okeyh, kursus kahwin ni akan diadakan pada setiap minggu, jadi for those yg last minit baru nak pergi kursus kahwin ni, dont worry kay.. plus, katakan lah u guys g kursus hari sabtu dan ahad, u guys akan dapat sijil pada hari RABU, mudah dan cepat kan!

saya pergi yg Putrajaya punya, Presint 9.. dekat dengan Food Court Presint 9, Klinik Kesihatan Putrajaya dan Kompleks Kejiranan Presint 9.. atas Restoran Darussalam..

bayaran pula RM80 ( standart price la ni kan.. ).. u guys akan dapat buku "Gerbang Perkahwinan", pen, kertas A4, malah.. makanan pada hari Ahad ( breakfast dan lunch ) pun disediakan.. hari tu, breakfast makan Nasi Goreng nd sambal telur, then lunch pulak, nasi putih, lauk gulai sayur dan ayam masak merah.. if u guys tak gemar dengan lauk2 gini.. jgn risau, bawah dewan kursus ni penuh dengan restoran.. malah, food court cuma beberapa tapak je dari tempat ni ^0^

dann..yg paling best tu, penceramah dia! semuanya sgt best dan kelakar.. ala2 otai mcm tu.. memang tak kering gusi dibuatnya.. dan ingat, kursus kahwin kan cuma sekali seumur hidup, jadi niat kena betul.. niatkan supaya saat kita jejakkan kaki ke sana, kita nak kutip semua ilmu yg diberikan oleh penceramah kpd kita.. ilmu dia bukan setakat ilmu agama! tapi ilmu dan pengalaman rumah tangga penceramah sendiri.. 

hah, tapi, meh nak story awal2, dewan dia ni agak kecil untuk 100 orang peserta.. jadi tempat duduk sgt limited dan packed! mula2 rasa geram sgt..tp tu la.. Allah buka pintu hati ni utk redha dan ikhlas.. dah la sy suka duduk depan, hari pertama xdpt duduk depan, lepas tu, Ahad pulak datang lamabat 5 minit.. tapi rezeki kan.. dapat duduk depan.. sebab peserta2 kursus ni memang suka duduk belakang2.. jd yg kosong depan je.. jadi u guys yg suka duduk belakang tu..kena dtg awal taw..hehehe 

Monday, 30 September 2013

Review on "BENCINTA'


Short entry on "BENCINTA"



Classification: P13
Genre: Romance
General Release Date: 26 Sep 2013
Running Time: 1 Hour 54 Minutes
Distributor: Metrowealth
Cast: Farid KamilNora DanishFezrul KhanZalif Sidek, Uqasha Senrose, Qi Razali
Director: Eyra Rahman


Okeyh, a lil bit bout the film. At first, I am wondering what is this story all about.. and here's the story...

Fatiya ( lakonan Nora Danish ) merupakan waiteress/pasta's cook di sebuah restaurant. She's got 2 bestfriend which is Uqasha and Zalif. Suddenly, one day, ade seorang customer ( lakonan Fezrul Khan ) complainted about the pasta's taste, tak cukup garam la nd bla3.. and  here's came one gentleman, which is Farid Kamil ( konon nya Farid ni penyelamat kpd Fatiyah la ). Farid kata, " Encik, jangan buat hal. Saya boleh bayarkan.".. So, macam ni la episod cinta mereka bermula. There's some sweet scene yg mana Farid Kamil bunyikan hon kereta sampailah Fatiyah sudi untuk naik kereta dengan dia and scene bila Fatiyah disahkan mengandung! At first, tiada masalah antara mereka ( sampaikan sy duk berpikir apalah klimaks kepada cerita ni.. yela, jalan cerita agak slow..hehe ) .They'r so happy, sampailah 5 tahun kemudian. Barulah cerita ni bermula, bila.. Fatiyah mula perasan perubahan yang berlaku kpd suaminya. Balik lewat, kadang2 tak balik langsung, selalu keluar malam, kurang beri perhatian pada keluarga dll. Fatiyah mula rasa tak sedap hati. Unluckily, Fatiyah terangkat fon suami dia where at that time, yg call tu ialah Rose, perempuan simpanan Farid Kamil dalam cerita ni.( macam cerita Melayu yang biasa..ala2 dilema wanita gitu..huhu )  Then, mulalah Fatiyah luahkan semunya pada Farid, nd time ni la Farid lempang Fatiyah. Sejak peristiwa ni, Fatiyah selalu kena lempang, sepak, terajang. Sampailah akhirnya Fatiyah amik keputusan untuk lari dari rumah dengan bantuan kawan2 dia ( time ni memang berdebar, lagi2 bila Farid Kamil berjaya sedar Fatiyah nak lari, habislah Fatiyah kena sepak terajang semua..pergh..).

Rupanya, tak senang untuk Fatiyah lari daripada kecaman Farid, Check in hotel, Farid dapat kesan.Adegan kejar mengejar lagi. Nd at last, Fatiyah decided utk lari ke Langkawi ( where her bestfriend, Shah - lakonan Qi Razali ) stayed there. Fatiyah pun ceritalah semuanya pada Shah.Babak2 dengan Shah banyak melibatkan ayat2 romantis.. almaklumlah, Shah ni sebenarnya menjauhkan diri daripada Fatiyah sebab dia dah lama menaruh hati pada Fatiyah, sebab tu on wedding day Fatiyah, dia tak datang. All the way at Langkawi, Shah la yg menceriakan Fatiyah dan Tiara ( Tiara, anak Fatiyah dan Farid, dah 5 tahun ). Ada satu adegan lawak tu, bila Fatiyah pesan kat anak dia, Tiara, " Kalau ada orang tanya nama Tiara, jangan sebut nama sebenar ye sayang.".. That's why bila Shah tanya nama Tiara, " Ni nama apa ni?".. jawapan Tiara was so short and humour " Nora Danish! " hahaha...

Okeyh2.. ( jangan melalut -_- ).Then, at last, Farid kamil and his friend ( kawan Farid Kamil ni rupannya customer yang buat hal kat restoran tu- Fezrul Khan ) dapat juga menjejaki Fatiyah kat Langkawi. Adegan kejar mengejar pun bermula.Akhirnya, Fatiyah sedar, dia harus berdepan dengan realiti, harus berdepan dengan suami dia untuk selesaikan semua perkara. Dia tidak sanggup untuk terus manjadi pelarian, plus, dia masih isteri orang yang sah. Tak disangka-sangka..rupanya Fatiyah decided untuk belajar martial arts dengan seorang buta ni. Dia nak jadi kuat, sebagai langkah melindungi diri. So, akhirnya, dia pun tunggu Farid kat rumah. Balik je suami dia dari tempat kerja, dia dah sambut kat ruang tamu. As usual, suami dia nak pukul Fatiyah, tapi Fatiyah mengelak...... at the end, lepas scene suami isteri ni bergaduh, tumbuk sana..tumbuk sini..Fatiyah sepak suami dia sekuat hati..Farid langgar cermin dan jatuh terlentang.Time ni, Fatiyah pegang tangan suami dia, minta maaf, minta halalkan makan dan minum..dan time ni la Farid ceraikan Fatiyah. Yeah! It's a happy ending! Last2, Fatiyah berkahwin dengan Shah, pregnant again, stayed at Langkawi nd life happily as one family.

Hmmm.. plot dia macam cerita melayu biasa.. yang selalu ada dalam drama2.. but, bila Fatiyah sanggup belajar martial art dan hadapi, berdepan dengan suami dia yang kejam tu, itu wajar dipuji. At least, wanita dlm cerita ni tak terus diperlihatkan dengan martabat yang rendah. Sekurang-kurangnya, dia kuat, bangkit semula selepas semua penderitaan yang dihadapinya.

( ***** )


Monday, 2 September 2013

Charity Event With Low Budget


Mabruk alaik! Semoga semuanya diberkati  :))

A trip to Hospital Putrajaya. Pediatric Ward. Wad kanak-kanak.

Okey.. saje nak share info2 pengurusan acara utk melawat hospital ( charity event etc. ). Ceritanya mula2..macam2 saya plan.. nak badut la, but as the budget was not enough, kita terpaksa rotated the plan nd carik initiative lain. So, I came out with another idea, .. balloons, goodies bag, duit raya ( as this event ws conducted on Eid ) and students. As for me, better la duit seciput yang ada tu disalurkan kepada sesuatu yang lebih bermakna. 

** additional info, badut yang paling murah is Jim The Clown..google je nama ni dalam tenet, nanti keluar la.. harga RM180 for balloons scuplture dan clown.. tapi Jim The Clown ni hanya free on weekends. So please make sure that u guys book dia ni awal2.. manakala, harga standart for profesional clown selalunya RM450. RM450 tu selalunya termasuk magic show lagi taw.. tu yang budak suka tu   :3
Test google : Bubu The Clown, Awang The Clown, Uncle Tickle utk clown2 area KL, Lembah Kelang, Selangor.

OKey.. bajet pun tak banyak, jadi ini yang saya buat.

1) Create a charity event which requires the participation of the students. So, sambil nak educate students dengan sifat mulia macam ni, akan ada lebih keringan. Lagi ramai orang, lagi bagus. ( Tapi Hospital Putrajaya hanya limited kan 10 orang je untuk lawatan hari tu.. sebab space for Pediatric Ward was so limited )

2) Minta pelajar2 sediakan 3 hadiah daripada diri mereka sendiri. Terpulang la mereka nak bagi apa pun, asalkan ikhlas. ( but, the parents were really supportive. Mereka yang bersungguh belikan hadiah. Macam2 ada.. lego la, pushing bag la, puzzle, etc. )

3) Then, use the money untuk belikan makanan2 ringan ( spt roti, air kotak, jelly, biscuits, roll bun, chocolate etc. ) dan pack them all dalam 1 goodies bag! Spend la sikit untuk belon, seronok budak2 ni bila dapat belon! Then.. sediakan angpow duit raya! 

SO, each patients akan dapat byk bende.. smpaikan sister ( nurse ) kat Hsopital Putrajaya pun seronok je.. "kita gembira melihat kegembiraan mereka.."

Take note : Deal awal dengan pihak Hospital, call and fax the letter. Then, follow up.

Selamat BerCHARITY.. hiks

Excited student :)

Happily tighten with charity work!

Youngest patient. Kesian adik ni.

Baru sehari jumpa, dah pandai berkawan.
Keistimewaan budak2.. tak malu berkawan dan bertegur.
Students + patients.


Goodies Bag

Playground di Hospital Putrajaya. Ruang beraktiviti.

# Hope to connect with sesiapa yang berminat :))

_*****_

Sunday, 1 September 2013


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kalian. Semoga kalian sentiasa berada dalam kursi perlindunganNYA.

Wise Man Once Said, "Every man must decide whether he will walk in the light of creative altruism or in the darkness of destructive selfishness.." Nauzubillah.. semoga kita dijauh jauhkan daripada sikap mementingkan diri yang menghancurkan. 

So, saja nak share some of ma charity activities. Mana la tahu kot2 ade yang sedang tercari2 mana-mana rumah anak yatim atau program kebajikan ke kann... As sy tinggal area Putrajaya, Dengkil nd Kajang, so, I would love to share these 2 lucky orphanage's home. 

1) Sekolah Tahfiz Anak Yatim Al-Kitab ( STAY ) Beranang

Okey..ni link facebook dia.. STAY AL-KITAB.. bolehla tengok2.. kalau u guys nak p tengok sendiri pun boleh.. serius sy ckp, 1st time jejak kaki kat sini.. MashaAllah.. kenapa tenang sangat ni.. angin bertiup mcm nyaman, luas dan lapang kawasan dia.. bersih! Sy tengok perabot bukanlah banyak sangat.. sekadar satu kawasan yang luas je.. matahari pun tak berapa hening. Seolah-olah berada dalam lindungan malaikat je.. aiseyh!

Jadi, kalau nak ke STAY AL-KITAB ni, bolehla hubungi Ustaz Asmadi 017 6727584.. haha, teringat masa mula2 call Ustaz ni dulu.. janganlah call, takkan dilayannya.. Ustaz kata dia jarang angkat nombor telefon yang dia tak berapa kenal.. jadi, mesage ustaz dulu and clarify la semua benda..baru Ustaz akan call semula. Ustaz Asmadi ni jaga rumah ni, tapi dia agak sibuk dengan kerja jugak, jadi pandai2 la deal ye. Dan kalau u guys nak bawak ape2..better tanya Ustaz dulu.. hari tu saya ingat nak bawak beras, tapi Ustaz kata bekalan beras dah cukup sehingga hujung tahun.. MashaALLAH, murahnya rezeki anak2 kat sini..dipelihara rezekinya.. jadi, lepas tu Ustaz akan ckp la apa yang tak cukup.

Sampai je Beranang. Cari Pejabat Pos Beranang. Then ada lorong kecik je, masuk, belakang sikit.



Belakang tu Ustaz Ahmad, guru yang mengajar kat sini.

Ni Kak Rin, my friend. G skali ngan dia la hari tu.
2) Rumah Anak Yatim At-Taqwa Puchong

Ni rumah anak yatim kedua yang sy singgah. Rumah ni Ustazah Hayati yang jaga. No telefon ustazah 0132714595. Ustazah memang full time jaga sini. Jadi kalau tak tahu jalan ( macam saya.. :(  huhu ) boleh terus contact ustazah. Rumah ni students dia dah dekat 50. Memang ramai, tapi asrama lelaki dan perempuan diasingkan. Ustazah kata, 'dalam hidup ni..jangan tunggu anak yatim yang datang cari kita, tapi kita yang kena datang cari mereka.' Astagfirullah.. teringat Rasulullah yang juga anak yatim.Sebab tu kalau ada mana2 anak yatim, usaplah kepalanya! Subhanallah.

Call ustazah, dia akan beritahu juga apa yang nak dibeli. Ustazah siap bercerita, Bulan Ramadhan ni, duit raya anak2 dah cecah 1K lebih.. MashaALLAH..Rumah ni juga DIJAMIN BEBAS daripada Al-Arqam. Maksudnya, ustazah takkan benarkan mana2 anak yatim ni untuk minta derma atau jual barang. Anak2 ni anugerah, jaga sebaiknya.. bukan untuk dijadikan pengemis.  @_@

Ustazah beli rumah paling tepi sebab halaman dia luas. Ustazah renovate sikit2. Ni la dewan dan tempat makan anak2 kat sini. Walaupun anak2 lelaki tinggal kat rumah berbeza, tapi still akan berkumpul kat sini untuk sebarang acara/event.

Kawasan perumahan.


No telefon, alamat semua ada. Time sy datang ni, ada la geng2 motor datang. Seronok anak2 yatim ni, dpt naik moto besar, dapat g bazar. Sampai bazar Ramadhan, abang2 dan kakak2 motor ni akan belikan apa yang mereka suka. Alhamdulillah.

Ada TV. Sudut hiburan.. haha.. ade pulak nama sudut ni.

abang2 dan kakak2 motor.






_ *****_





Wednesday, 10 July 2013

Cacat


Tatkala mula menulis.. aku letakkan telingaku paling hampir sekali dengan mulut..biar bait kata yang terluah..didengari telingaku dahulu.. biar aku menjadi insan pertama yang terkesan dek refleksi kecacatan diri..




muhasabah perlu mengatasi tembok keegoan diri.. silaturrahim perlukan kepada kemaafan dan keredhaan.. hubungan bersama manusia seiring menjaga hubungan bersama Allah..cantik rapi penjagaannya..cantik jua balasannya.
 .....
 hai manis..kau tampak manis dengan imanmu .. manis dengan zuhud batinmu.. dengan kesederhanaan itu.. aku rindukan diriku dulu.. tetapi aku mencintai diriku kini.. kerana aku kini dah berubah.. kau juga perlu begitu..

hai anak adam..engkau tiada apa melainkan hari dan detik waktu..bila berlalu waktu itu.. masamu jua berlalu tanpa menunggu..dan kau tiada apa lagi ketika itu.. tinggallah kau dengan dirimu sendiri..

kita pernah bersalah..aku kau pernah melampaui batas kita.. pernah melanggar batasan sempadan.. mengjangkaui pemisah hak dan batil..namun kita manusia cacat..boleh berhijrah.. namun masih boleh kecundang dek batasan nafsu yang memakan waktu.. itulah penilaian kita sebagai manusia..kadang kala kalah dan tersungkur..

manusia cacat di bulan ramadhan







Sunday, 7 April 2013

Review on "Sembunyi, Amukan Azazil"


Oryte..a brief review on SEMBUNYI, AMUKAN AZAZIL..



Pelakon : Diana Danielle, Remy Ishak, Umi Aida, Sharnaaz Ahmad, dan lain2.. 

Okey, ceritanya dimulakan dengan adegan zaman Jepun..Diana Danielle ( Aishah ) ni telah diselamatkan oleh  Remy Ishak ( Kamal ) dan direhatkan di sebuah kampung. Aishah bangun2 je dah cari kalungnya, tapi tak jumpa pun..Dia menumpang di rumah Ibu Yani ( Umie Aida ) yang juga ibu kepada Kamal. Kampung ini merupakan kampung yang tidak pernah diserang Jepun dan selamat. Pada suatu hari, Aishah ternampak kelibat seorang anak kecil ( bermuka hodoh dan cacat )..dia pun mengejar budak itu, sehinggalah dia terjatuh. Tanpa disedari, dia telah terlanggar pagar yang dibuat penduduk kampung. ( pagar utk halang makhluk Azazil daripada masuk ke kampung tu ). Jadi pada malam tu, serangan Azazil terjadi lagi. Aishah sempat diselamatkan oleh Kamal, namun Hanum ( lakonan Sabrina Ali ) dan suaminya tidak dapat diselamatkan. Kehilangan Hanum, membuatkan kawan baiknya, Melor ( Emelda ) hilang akal. Melor juga merupakan isteri kepada Atan ( Sharnaaz Ahmad ). Mulai saat tu, Atan sangat marahkan Aishah kerana menganggap Aishah la punca kampung itu diserang oleh Azazil. Azazil yang digambarkan oleh Ibu Yani ialah makhluk yang jahat, syaitan dan iblis. Kedatangannya boleh diketahui kerana masakan akan bertukar menjadi cacing, air akan bertukar menjadi darah dan semua binatang peliharaan akan mati. Azazil juga merupakan makhluk yang kebal, dan tidak mampu dibunuh.

Sebelum Hanum sempat diambil oleh Azazil, dia ada berpesan kepada Aishah untuk mencari sebatang pokok. Aishah yang sudah rimas asyik disalahkan oleh orang kampung, akhirnya tekad untuk menyelesaikan misteri di kampung itu dan mencari pokok itu, tanpa pengetahuan Kamal dan Ibu Yani. Kamal pada waktu ini telah pun berkahwin dengan Aishah. Apabila menjumpai pokok tersebut, Aishah telah menggali tanah berdekatan pokok itu lalu menjumpai semula kalungnya. Semua memori Aishah tiba-tiba kembali. Dia telah mengingati semua asal usulnya. Apabila dia pulang ke rumah, dia amat terkejut apabila mendapati bahawa muka semua penduduk kampung, Kamal dan Ibu Yani menjadi sangat buruk. Barulah Aishah menyedari hal sebenar bahawa dia sebenarnya telah diculik oleh orang bunian. Makhluk Azazil yang dikatakan jahat itu pula sebenarnya ialah jin yang telah dihantar oleh keluarga Aishah untuk menyelamatkan dan mengeluarkan dia daripada kampung tersebut. Setelah sedikit pergelutan, akhirnya Aishah selamat tiba di dunia manusia. Sheila Rusli memainkan peranan sebagai pelerai cerita, dialah yang menceritakan semuanya kepada Aishah     ( Sheila Rusli bermuka hodoh, dia sebenarnya budak yang dikejar oleh Aishah sewaktu pertama kali dia di kampung itu ). Adik Aishah yang menyuruhnya untuk mencari Aishah.

Adik Aishah sudah tua. Kononnya, waktu di dunia manusia bergerak lebih laju berbanding waktu di dunia bunian. Pada akhir cerita, barulah diketahui bahawa Hanum bukanlah diculik, tapi diselamatkan ke dunia manusia. Pengakhiran yang seram apabila Ibu Yani yang bermuka hodoh datang dalam mimpi Aishah dan mengatakan bahawa Aishah telah mengandung. Cerita berakhir dengan adegan Aishah terjaga daripada tidurnya dan muntah!

Wednesday, 3 April 2013

Mudah..memang mudah..


 www.mudah.my
Memang mudah dgn mudah.my .... 

Kisahnya, abah belikan kasut yg memang cantik..time kat kedai tu, fitting kasut tu muat je..tapi entah nape bila balik je rumah, dah tak muat..mungkin org kedai tu amik kasut baru, dan tersalah saiz kot kan..
Rasa sedih sangat nak beritahu abah yang kasut ni tak muat..kasut ni dah beli setahun lepas dah pun..jadi terbiar je kat dalam almari baju..( saja nyorokkan dalam almari baju, supaya abah tak ingat )

tapi lama mana sangat nak nyorokkan..hmmm..jadi, sy buat keputusan untuk jual je kasut ni.. nak tanya kawan2 malu..sebab kawan2 semua dah beli kasut sendiri..jadi saja la test2 letak kat mudah.my..mana la tahu kalau ada orang nak kan..tup tup..ada orang mesage cakap dia nak kasut tu..pelanggan ni pulak terus je bank in duit time tu jugak..memang ekspres! 

jadi, sy pun post laju la kasut tu..kena la dalam rm8..harga kasut tu sebenar, RM98.90..jual RM75.00..biarlah jual murah sikit, lagipun dah tak guna kan..huhu..

dalam kenangan..hehe
tips utk nak jual barang tapi tak tahu kat mana nak jual..dan kepada siapa nak jual...hehe



Monday, 1 April 2013

Budak nakal


Mereka budak nakal,
mengaji di sekolah warak,
entah ape yang merasuk jiwa,
mereka memang budak nakal.

mereka bergaduh,
mereka bertengkar,
mereka bertikam lidah,
mereka menuduh,
aku mengungkit,
kau mengherdik,
cuma kita cepat mesra,
aku lupa,
kau maafkan,
cepat mereka baik.
Ini memang kisah budak nakal.

ada cerca,
dari kanan, sudut kiri, sisi depan belakang,
ada caci,
mereka diam,
hati dendam,
sekejap cuma,
mereka lupa,
mereka maafkan,
kita semua kan kawan.

mereka memang budak nakal,
ketawa besar,
galak,
hati tetap kecil,
sensitif,
dia rasa,
apa aku rasa,
aku dan dia,
kita memang budak nakal.

budak nakal bersaing,
budak nakal bertanding,
budak nakal wakil sekolah,
naik turun pentas,
macam budak yang baik,
kadang menang,
kalah pula,
dah sah, budak nakal!

budak nakal semangat waja,
mereka kuat 
mereka tegap
mereka kalis
meraka kukuh
hati tetap lemah
kalah dengan cinta
setia untuk derita?

ish budak nakal
panjat pagar
kami tamak
kau mahu
aku ambilkan
aku tunaikan
apa sahaja yang kau mahu
tersangkut pula
diketahui cikgu
masalah tiba
hai..si budak nakal

mana pergi budak nakal semua?



Thursday, 28 March 2013

Tropicana Life :))


Meh nak citer, katenya kat Alamanda ni ada sale Tropicana Life :))
So, jom review ckit gambar2 tadi,

smart n casual :)

canteknye beg ... jelesnye..adik beli utk birthday kawan baik dia...bila giliran akak?hehe




ShERLok RUn 2013

merapu meraban, tp ikhlas dr hati, hehehe..ikhlas pun kena beritahu ke??huuu~

Kisah Sherlock Holmes perihalnya penyiasatan, kepintaran dan kepekaan..
Ini pula kisah simetri persahabatan.. setiap sisinya kukuh dan sama..
hubungan kasih sayang ini begitu pejal, bentuknya tetap,
kasih sayang ini sama buat semua,
akhirnya membentuk bulatan yang menjalin hati-hati manusia.

kisah ini punya banyak mesej istimewa,
dia yang penat, banyak berjasa, 
dia pula berhujan berpanas,
ada yang kerjanya sehingga mengorbankan waktu tidur
ada yang berbelanja, memperuntuk wang sendiri
tangis kerana bimbang
gembira kerana menjadi seperti dirancang
risau andai hasilnya tak sehebat dicanang
marah.
semuanya kadang kala kusut.
malah serabut
Ini kisah pengorbanan..berkorban bukan untuk ganjaran. Tahniah kalian :)

namun, ini bulatan berjasa, mengikat jiwa dan sanubari insan terpilih
sehingga mencambahkan mawaddah sebenar
sebagai satu badan, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya!
aku sampai terasa sakitnya! aku tahu kau juga begitu..

ini kisah Sherlock Holmes yang diadaptasikan realiti
namun, kita berjaya mencantas kehebatan beliau
kerana kita lebih segala
Sherlock ada Watson ( Watson kwn yg plg rapat dgn Sherlock, ikut ke mana shj )
kita ada semua :)
Syukur Ya Allah.. Alhamdulillah

**************
Tahniah kalian, pasti rindu bertaut di kalbu..




gimik hebat, lakonan Nor Mazni, Siti Naeimah dan Afiqah Zaini, zulfadhli jugee~
idea tuan-puan bahagian aktiviti


selesai agenda, insan berlelah berhempas tenaga

 backdrop :)

p/s : ini kerja semua, semangat semua, usaha semua, titik-titik peluh mengalir,setiap jalan diambil, kaki mengatur langkah, akal ligat berilham, tangan sibuk mengatur..
*******akhirnya dihadiahi kalian...dengan segaris senyuman menawan, gelak tawa berderai, terima kasih :))

tak sebut nama bukan sebab lupa! eh mana boleh lupa yang berhormat sekalian ni, :)

credits hani, diana, dk, dibah, shahida, umi, mazni, farah aina, fiqmat, lisa, dijah, gda, tikhah, nik farah, ili, munirah, suliana, qeqba, zubaidah, fareeda, amal, nadia, fadz, timah, wan mimi, naimah bahari, deena, izzah, khalilah, najwa...tak lupa, nana







Rewarding Myrself :)


Assalamualaikum..

Kadang-kadang, kita rasa penat sangat, penat untuk teruskan hidup..terasa dunia semakin tidak adil, namun, pada hakikatnya kita yang tidak adil dengan diri sendiri..biar penat di dunia, supaya tidak payah di sana..peringatan untuk diri sendiri jugak~

Bila penat, jadual tersusun padat, masa berehat berlalu begitu sahaja, tak sedar pula yang aku punya waktu untuk melepaskan lelah dan nafas yang semakin tersangkut-sangkut dek kesibukan dunia..dunia jangan diabai, kerana dunia penentu akhirat sana..

Penat, penat, tatkala susah, senang, pasti penat yang semua orang rasakan, berseronok dan bergembira pun mendatangkan penat, namun penat yang penuh bermakna!

Biar penat kita mendatangkan hasil hebat diakhirnya..berikan ganjaran pada diri sendiri! Biar bukan daripada orang lain, biar sedikit wang diguna..hanya untuk mendapat kegembiraan dalam kepenatan.

penat...penat...penat...lumrah insan!

**********

haha..saje je nak merapu meraban malam2 ni..bulan ni bulan yang sibuk, hehe, ntah la..sem 2 ni makin busy pulak schedule..yg penting optimis! ( walaupn terselit gak tension )

daannn...mari beri ganjaran pada diri sendiri! sy ni tak mintak banyak, cukup lah dapat makan makanan yg sedap! harga berpatutan! hadiah buat perut, penghargaan pada diri sendiri! cari sesuatu yang kita suka, dan tunaikannya!

Snowball pelangi kat Kafe Bonda, Putrajaya :))



Tuesday, 19 March 2013

Review on "Lawak Ke Der 2"


Tahu, ramai dah tengok pun cerita ni kan..
teater ade..
just nak share wayang's version,

saje tengok citer ni sbb nak sambut besday roomates ;)


as for me, harith iskandar memang lawak der.. bila perbezaan antara lelaki dan perempuan dijadikan lawak..serius memang lawak! haha.. 

Harith Iskandar cakap,
lelaki cuma bercakap 7000 perkataan sehari,
perempuan bercakap lebih daripada 12000 perkataan sehari..

That's why, when the man asked his girlfriend, " How was your day"..
Girlfriend ada banyak perkara yang nak diceritakan.. dia akan ceritakan semua kisah dia daripada 
8 am till 8 pm non stop.. 
haha~
but when the woman started to ask about her boyfriend's day..
The answer : O.K.

banyak lagi lawak Harith Iskandar yang sangat menarik, smart sgt, 

JOZAN? wah..so touching when dorang start nyanyi lagu SAHABAT..
haha..lawak dorang tak pernah tak menjadi kot, 
kisah seorang perempuan yang mainkan 2 lelaki kaya, 2 orang lelaki ni pulak actually sahabat baik..
ala-ala cinta tiga segi gitu..

next BOBOI, genre komedi seram ni memang lawak..Harun Salim Bachik memang lawak pakai baju perempuan, macam real pulak..then part2 pula pasal Penerbangan Redha..

Nabil acts as pengacara & penari, siap menari gangnam style laaa~
Nabil agak lawak time dia buat scene Nasir Bilal Khan kat Mcdonald!

Nazmidah... ngan mat indon! haha


Hadiah Buat Kamu,


It's quite late for a wish,
today was so belated,
just wishing you,
beautiful moments,
treasured memories,
and all the blessing..
a HEART can know.

like it, when seeing you smile,
love it, when i am the reason.

Dear, Happy Birthday.
Just a good doa for you,
from me, for you,
May Allah bless you always.
Like HE (Allah) bless our friendship forever <3


celebrating Husna's birthday with cheerish and happiness,

Thursday, 14 March 2013

The Apprentice, UM Version :)



Salam beloved readers,

poster promosi :D
YOU'RE FIRED! trademark rncgn realiti The Apprentice yg dulu pernah ditayangkn kt tv.. Donald Trump, ala jutawan dunia tuuu punya rncgn.. dlm siri tu, dia akan bagi tugasan kat pekerja2 dan dorg msti siapkan tugasn tu dlm masa yg telah ditetapkan..stiap mggu psti akan ade yg tersingkir..dan UM...membawakan konsep yg sama!

ini kisah saya dalam " THE APPRENTICE, UM VERSION "

masih mnggunkn konsep yg sama dgn cter tu.... dan sy antara peserta yg mnyertai prtndingan ni.. berdebarnya, antara yakin dan tidak, tapi sy dan rkn2 masih meneruskan pendaftarn...



seriously, motif utama masuk benda ni sebab buleh jumpa dengan Ally Iskandar.. pengalaman, sijil, serta hadiah yg awesome pn antara sebabnya jugak laa~

Tugasan 1 berlansung dgn jayanya, Alhamdulillah..our group was not being fired! we're hired! jadi dup dap dup dap, kami trus dgn Tugasan seterusnya..ataupn TUGASAN AKHIR...

Our group members.. aja-aja fighting!
Okey..let begin the story.. Tugasan yg disangka mudah ni, akhirnya menjadi sgt susah.. masa yg diperuntukkan selama kurang drpd 62jam ni sgt mencabar mental .. entah mengapa, time ni sy agak tertekan..mengenangkan bahawa hari pertandingan sudah berlalu..saya berasa lega.. sekurang-kurangnya, kami antara pelajar yang berani ke hadapan, menyuarakan idea, melontarkan pandangan..terima kasih farah, izzati dan rozeeda..kita sudah buat yang terbaik!

daaannn..seperti yg dijanjikan, ALLY dan isterinya pun turut dtg memeriahkn mjlis..rupanya Ally la juri jemputan pd waktu ni... boleh je nak ambil gambr dgn dia..tp ntah kenapa, rasa malas pulak..haha..tp kami sempat la jugak beramah mesra dgn isteri Ally ni..dgr cerita, dia baru je graduate dlm bidang engineer! 

farah (nama isteri Ally) yg manis + cantik :)

rupanya, farah ni sama je dgn remaja lain..stail dia cakap, berlawak..lebih kurang je dengan kite2 sume :)
untunglah Ally Iskandar dpt isteri solehah cm ni..

 






Jalan Cari Makan!


Let say, u guys nak carik info or perkongsian pasal makanan...

cari lokasi utk makan...

dinner...

breakfast....

lunch....

supper...

bolehlah singgah kat blog sy lagi satu ye...

tu cuma perkongsian je..

kalo korg ade suggestion pun, leh la gtw kat situ..


Review On " Warm Bodies "


Nyte guys,

Okay, entry ari ni sal review cter WARM BODIES.. baru je kuar pawagam ari ni.. jd as reward pada diri sendiri, saje je g tgok jap.. thanks kawan sebab teman g tgok td...

Sekilas pandang..



R, nama hero tu..dia sebenarnye konfius dgn diri dia sendiri, at first tqa ingat dia kat alam roh..rupanya dia sbnrnya zombi yg ditemptkan di sebalik tembok tinggi sebab wabak zombi yang semakin merebak  kat satu bandar ni.. konon nya beberapa org sukarelwan dihantar la utk membunuh zombi2 ni..dan antara remaja2 yg pergi time ni ialah heroin citer ni ( which is Julie ) dan boyfriend si julie ni.. kali pertama R pndg Julie, dia mcm terpesona..dan tiba2 dia kene tembak dgn Perry ( pakwe Julie )..marah la R..dia pun makan Perry punya otak ( bagi zombi2 ni..organ manusia yg paling sdap ialah otak..dan Perry pun mati..) ramai sukarelwn yg terbunuh time ni.. tp Julie antara yg belum terbunuh.. tapi tiba2 peluru Julie habis ( cara nak bunuh zombi ni kononnya kena tembak straight kat kepala dorg )... Julie pun memekik nama Perry..R yg nampk semua zombi laen mcm bau manusia ( manusia tu Julie )..puuunnn selamatkan Julie..dia sapu darah kat pipi Julie..dan suruh Julie buat2 mcm zombi gk.. maka, masuklah Julie ke dlm kelompok zombi tu...

This is R!!!


R sndri pelik dgn tindakan dia tu..dan akhrnye dia sedar yg dia dh jtuh cnta dgn Julie..malangnya, ada 1 makhluk ag..nama Bones yg makanan dia ialah jantung manusia.. Bones ni sume buru Julie & R.. 

" R seorg myat, tiba2 dia mula terasa sejuk, seolah2 manusia..he's getting warmer.. R gk mula b'mimpi..sedgkn, mimpi ni just dtg apabila mnusia tdo..daaannn zombi tak tdo!! "



time ni la..baru dorg sedar yg wabak ni boleh diubati.. zombi2 laen pun mula sedar mereka boleh berubah...akhirnya perang antara zombi+manusia VS bones berlaku... (mula2 mnusia lawan ngan zombi, tp akhirnya mereka bersatu )... dan R puuunnnn...berubah juga~ hahahaha...berubah ke arah................ ???